Wednesday, January 2, 2013

GEMBIRA VS GEMENTAR




ASSALAMUALAIKUM WBT...


Hai kwn2 kt luar sna..hehe...*mood gembira banget smpai maw senyum hingga ke telinga..hehe...!^-^
Ok apa kes ko gmbira2 ni bah?? Hehe...

1stly, aku maw story dlu brkenaan benda yang berlaku beberapa minggu ni... Lama kot aku xconteng2 cik belog ni.

Mcm post aku sebelum ni berkenaan aku ni yang sudah tamat belajar di IP tercinta (5 tahun setengah yo), sememangnya keinginan untuk bekerja tu sangat sangat sangat *amboi banyak ‘sangat’ ko bah..ngeee... bermaharajalela dalam kalbu ni, chewah!

Yalah, dah abes berhempas pulas untuk buat degree aku tu, mestilah keinginan untuk ada duit sendiri tu melambung2.. xgitu Bedah oiii.... Lagi2 umo ni dah sesuai sangat untuk balas jasa ibu bapa ngan tolong biaya adik aku yang masih belajar tu.. Lagipun, pepatah ada menyebut, ‘bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian’. Jadi amat sesuailah pepatah ni aku nak guna untuk masa depan aku ni. Yang susahnya dlu, berhempas pulas bangun awal pagi (Subuh dulu..hehe) tuk pegi kuliah, siapkan assignment, buat study group (ok ni hanya bila minggu exam =p), jawab peperiksaan and pelbagai lagi aktiviti luar yang bersangkut-paut dengan jumlah kredit, mestilah kesenangan yang kita nak cari adalah hasil daripada usaha kita tu kan. Xgitu adik2?=)

Oleh kerana itu, sebelum kita masuk bab2 gaji @ duit bagai, jadi aku story dulu tentang hasil usaha aku tuk jawab peperiksaan akhir semester pada tahun akhir aku study kat IP tercinta aku tu. Maksudnya, result aku.. Syukur aku panjatkan kepada YANG MAHA ESA kerana sekali lagi aku lulus dalam pengajian, dan yang unik sket, b4 ni dalam slip kna nyatakan, LULUS, TERUSKAN PENGAJIAN. Tapi kali ni berbeda ya adik2... LULUS, TAMAT PENGAJIAN! Wah, alangkah peliknya perasaan bila kna tulis macamtu.. Nampak sangat xpercaya bahawa diri ini sudah semakin meningkat usia...haha... Yalah, blaja bleh tahan lama gak tu.. Dari budak yang kurang matang kepada yang lebih matang.. Macam nak amek kos doctor pula..hehe..

Apa2pun, Syukur badan dan mental aku ni masih berfungsi baik selama 5 tahun setengah yang lalu sampai aku masih mampu mendapat pointer yang boleh dikira ALHAMDULILLAH, senang hati.. Walaupun bukan itu yang aku harapkan, tapi nak buek cemano, dah memg ekau buek xbagus..hehe.. Sesungguhnya jangan kita mengharap lebih daripada Allah jika hanya sedikit yang kita berikan kepadaNYA.. Maksudnya, kalau nak dapat lebih, usaha kena la seiring dengan keinginan tu...Ye dak?? Memain je keje ko Bah time thun akhir ni...ish2.. .Ambil sbg pengajaran ya...=(

Ok2, xmau sedih2.. Seriously, aku memang gembira sangat sampai bagitau ngn satu family aku..hahaha.... dan dengan xtahu malunya, minta belanja KFC ngn abg aku..haha...gumawo uppa!<3

Ohya, lagi satu beberapa minggu yang lalu, *kira dah lama juga..result KISSM pula yang keluar...Alhamdulillah sekali lagi..LULUS juga..hehe...

Ok apa kes pula ko gementar ni bah?? Hehe...

Cumanya sekarang ni, ha, tajuk pun Gembira vs Gementar kan, aku dalam mud gementar gak ni sebab tarikh posting xtahu lagi..hemm..agak2 d mna la aku ditempatkan untuk berkhidmat sebagai pendidik bangsa..^-^

Agenda berkenaan posting ni sangat2 menimbulkan rasa gementar dalam diri aku... Tiap2 hari bila on9 ja, terus bukak Fb dan tengok perkembangan berkenaan posting dekat sana.. Macam biasalah, rumor ni memang banyak. Posting awal la, menganggur beberapa bulan lah *part ni, memang xsedap nak dengar..Secara kesimpulannya, memang banyaklah rumor... Bagi sesiapa yang kuat hangin satu badan, memang ‘gerigitan’ la bahasa orang Sabah dengan khabar berita ni..Yalah, ramai yang takut xdpt dpostingkan...Tapi, bagi aku sendiri, inshaALLAH aku yakin kerajaan akan bagi gak penempatan kepada kita. Bezanya, antara cepat atau lambat. Ni lah yang menimbulkan rasa nervous dalam diri aku... Dengan tmuduga SPP nya lagi...ntah aku sempat belajar abes ke tak lagi tuk ‘khatam’ tentang soalan yang  bakal ditanya oleh interviewer nanti... wuwu...Tlg doakan aku ek^-^

Tapi, bila fikir2 balik, ada baiknya berita mengenai tempat posting ni lambat dikhabarkan. Contohnya, semakin ramai yang tanamkan dalam diri ‘Aku dah xkisah lagi posting d mana, yang penting posting’..’D pedalaman pun aku sanggup posting ni kalau dah macamni gayanya’...hehe...*Ayat yang dorang guna xla sebijik macam yang aku taip, tapi maksudnya tetap sama...hehe...

Seronok pula bila baca komen2 depa kat fb tu.. inshaALLAH dah semakin ramai guru yang bakal berkhidmat di pedalaman la lepas ni.. b4 ni aku yakin mesti ramai yang xmau berkhidmat kat pedalaman sebab takut kekurangan fasiliti la, kurang best la sebab xda tempat shopping, dan banyak lagi alasan. Benda ni memang lumrah lah kan. Manusia ni xakan mudah bersyukur dengan apa yang dia ada...Ya, aku pun kadang2 macamtu... inshaALLAH aku ingin berubah...AMIN..=)

Jadi, aku sangat2 gembira dan rasa bersyukur sebab aku dapat result yang macamtu dan aku masih berpeluang lagi untuk membantu keluarga aku d rumah (sebab lambat posting) hehe... Yang penting, sekarang ni aku dapat bantu keluarga aku dulu b4 bantu orang yang memerlukan d luar sana...peace!=) Yalah, nanti dah ngaja + dok pedalaman + jarang balik ke kg tercinta, mesti kita dah jarang nak bantu keluarga kita dari segi fizikal...betul x?

So, akhir sekali, jgn tension2 ya kawan2 dalam menghadapi kehidupan yang kita xdapat ramal pun apa yang akan berlaku. Smileeeee^--------^...

Wassalam...