Thursday, May 2, 2013

Matlamat yang ku namakan 'Mission Possible'


Assalamualaikum...

Lately, banyak benda bermain dalam kepala ni. Terutamanya tentang bagaimana aku nak bentuk murid aku ni jadi murid yang celik akademik dan dalam masa yang sama menjadi anak yang hormat kepada masyarakat. Aku boleh katakan yang aku tertekan untuk mencapai matlamat aku tu.. huhu...

Sebenarnya, nak mencapai ke tahap P.I.N.T.A.R tu amat sukar. Kena sesuai dengan persekitaran murid juga. Tempat aku mengajar sekarang, bleh dikatakan sekolah pedalaman di sebuah sekolah kampung. Persekitaran mereka juga pun adalah laut (ibu bapa bekerja sebagai nelayan). Korang boleh bayangkan kan, ibu bapa setiap hari turun ke laut, pastu bila balik, prepare pulak nak berniaga di pasar / tamu dan sebagainya.

So anak-anak? Memang akan mendapat kurang perhatian. Ok aku bukan nak salahkan ibu bapa kat sini. Sebab aku pun sama ja masa budak-budak dulu. Ibu bapa aku pun sibuk nak cari duit. Sebab nak menyara kami 5 adik beradik. Jadi aku faham bagaimana situasi keluarga di sini. Sangat-sangat faham..

Jadi berbalik kepada masalah aku nak mencapai matlamat iaitu untuk melahirkan murid yang celik akademik, terlalu banyak cabarannya. Namun yang penting aku harus sabar dan tak cepat melenting. Kang terpelanting (barang-barang)! Hahahaha... Gurauuuu....

Tapi antara semua kesukaran yang aku hadapi ni, aku sentiasa terfikir satu benda ni. Petua untuk tarik murid-murid supaya suka dengan pelajaran dan sekolah. Yalah, nak mencapai matlamat aku (melahirkan murid yang celik akademik tu), aku kena mula dengan yang basic dulu. contohnya ambil hati murid. Yang ni kena ada kaedah yang berhemah. Tak boleh main paksa ja. Be cool and patient! Chewahhh....

Meh aku share sikit :

1.   Kalau ada murid yang suka bercakap bila kita pun dok pot pet kat depan tu, tegur murid tu dengan lemah lembut. Tidak salah kalau kita bergurau dengan budak. Contoh : ‘Amboi ada makcik pula kat belakang tu tengah bercerita’..haa, jangan salahkan aku sebab mention ‘makcik’ dekat sana. Sebab, murid di kelas ni suka betul sebut makcik pakcik. So, aku sesuaikanlah dengan minat mereka. Aku dah test dah, memang berjaya. Di samping dorang tergelak, dorang faham juga maksud yang ingin aku sampaikan.

2.   Kalau murid suka cakap lepas (menyumpah seranah), kita tegur terus. Dan kalau perlu, buat sesi kaunseling dengan mereka. Terangkan kepada mereka bahawa kata-kata mcam tu adalah satu doa. Ayat yang nak disampaikan, xpayah panjang lebar. Ambil keypoint ja supaya murid cepat ingat dan faham maksud penyampaian kita. Xpayah nak Mak Jemah  dan Mami Jarum sangat k! J


3.   Kalau murid suka bergaduh dan sampai ‘nda mau kawan sudah’, pastikan guru jangan abaikan apa luahan hati murid. Sebab, bila keadaan macam ni menimpa diri murid tu, mereka punya confident level akan berkurang. Mereka akan rasa rendah diri dan sebagainya. Lebih baik, guru tegur kesemua murid sekaligus berkenaan keburukan ‘nda mahu berkawan’  ni. Supaya semua sekali dapat pengajaran. (kalau aku, aku tak akan menunggu tuk cari masa lagi nak bagi kaunseling murid, tapi aku akan buat secara terus, supaya semangat murid tu bangun balik dan kawan dia akan kembali berkawan dengannya).

4.  Kalau murid mengantuk dalam kelas, haa yang ni  mungkin sebab pengajaran yang kurang menarik atau kesihatan murid terganggu. Part kesihatan murid, pastikan semasa rutin pagi tu, guru tanya berkenaan kedaan kesihatan mereka. Senang ja nak tanya, macam ni:

‘Semua sihat hari ni?’ ‘Ada yang sakit ka?’..

Jadi, bila sudah tahu tentang ni, boleh la pantau murid yang ada masalah sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. kalau berkenaan pembelajaran yang membosankan, pastikan bawa murid tu untuk banyak bergerak. Contoh, buat senaman ringan atau bawa mereka melakukan nyanyian dan gerakan. Senang kan? J

5.   Kalau murid terkencing di seluar, (sebab ada sorang lagi murid aku yang masih kencing di seluar) bagi murid tu pas istimewa berbanding murid yang lain. Kalau murid lain kena minta izin dengan guru dulu baru masuk tandas, yang murid ni kita patut dah terangkan awal-awal supaya pergi sahaja ke tandas jika terasa nak terkencing. Ni bagi mengelak daripada terkencing di kelas. Huhu...

6.   Kalau murid yang lemah dalam pelajaran telah melakukan sesuatu yang memberangsangkan seperti mewarna dengan kemas dan menyebut huruf yang ditanya dengan tepat, bagi mereka pujian. Sebab mereka ni suka dipuji. Dan kalau ada rezeki lebih, bagi mereka hadiah sebagai ganjaran atas usaha mereka. Supaya mereka akan rasa lebih dihargai dan diterima di kelas ni. Secara tidak langsung, mereka akan mendapat motivasi untuk membuat yang lebih baik lagi. Sebab kebiasaannya murid yang lemah dalam mengenal huruf contohnya, mereka mempunyai kemahiran yang lain yang mungkin guru belum ketahui. Mungkin mereka pandai menyanyi, pandai melukis atau banyak lagi. Jadi jangan pandang rendah kepada kebolehan murid dan jangan sekali-kali marah murid bila mereka tidak boleh buat yang macam  kita mahu.

Lastly, paling penting sentiasa hargai setiap yang dilakukan murid. Jangan ingat nak marah budak-budak jak. Sebab, diorang ni pun manusia dan punya perasaan macam kita. Mereka juga pandai mengambil hati dan merajuk macam aku. Opss.... Peace ^-^ Sajaaa....

Sekian,

Wassalam...



Wednesday, May 1, 2013

STORY TENTANG MEMORI AKHIR DI IPG...SOB..SOB...T-T



Assalamualaikum wbt...


Baru-baru ni aku ada belek-belek gambar2 kenangan. Punyala banyak rupanya yang aku lepas pandang.. Banyak sweet moment yang ada dalam tu..*Poning kopala den nak memilihnye...hahaha...hantam!

So, biar gambar ja yang bercerita. Let’s roll!!! =)
*Minta maaf atas ke’taksenonohan’ muka...hahaha...

 Ni masa kitorang jalankan Pameran Model Prasekolah :) Bez sangat sebab usaha sendiri  membuat model kelas berhasil. (Bersengkang mata selama hampir 2 minggu dengan saudari ct payung) hehe..

Ni gelagat pagi-pagi b4 kami mula Pameran..Tapi lihat di belakang tu, dah ramai orang berpusu-pusu masuk sebab nak tengok...shiokkkk...


Yang ni part macam jejak kasih tu..hehe... Sedih2 sebab ni jamuan akhir yang kena buat khas tuk kami..TQ semua adik2 junior ngn Cik Nab @ Warden...<3


Muka syahdu dan sedih..wuwu..T-T..Rndu korang..

See?? Semua muka sembap + berminyak...hahaha...


Muka happy suda...hehe..



Lebih dari separuh xclassmate PISMP PRASEKOLAH 09'..Saranghaeyo chinggu ya...



Tu ja lah kot...Gambar memang banyak, tapi biar tersimpan rapi dalam lappy ni. Hehe..Kenangan biar kekal dalam ingatan kan.

K, sekian.

Wassalam...