Thursday, December 20, 2012

TAUTAN HATI



Assalamualaikum wbt...



Baru2 ni, aku ada baca satu novel yang menarik.. Tajuk novel tu seperti di atas.. Tautan Hati karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Ni kira mau promo la ni tuk baca novel ni.. Seriously, amat2 best / daebak..^-^ Tq kak Yati sebab bagi pinjam..hehe..





Bercerita mengenai novel ni, konsep novel ni bukanlah 100% cintan cintun macam novel remaja yang biasa kita baca tu. Novel ni lebih berunsur kecintaan kepada Tuhan dan di dalamnya banyak topik2 menarik yang didedahkan agar kita lebih faham akan sesuatu persoalan dalam agama. Ok bagi sesiapa yang xpernah ataupun kurang baca novel yang berkonsepkan keagamaan ni, aku syorkan korang mulakan langkah sekarang. Xsalah berubah untuk kebaikan kan...ngeee...

Bukan paksaan ya, tapi memang aku mau bagitau korang yang novel ni banyak memberikan aku pendedahan kepada nilai sesuatu hubungan tu.. Bukan sahaja hubungan  dengan Allah, namun sesama keluarga, pasangan *lelaki + perempuan, sesama rakan *yang ni part best..ada ‘Halaqoh’...

Apa tu Halaqoh? K aku story sket la..’Halaqoh’ tu bererti bulatan. Segelintir orang memanggilnya ‘Usrah’ yang bererti keluarga. Untuk lebih memudahkan pemahaman, halaqoh ni kita boleh panggil dengan istilah smart group, study circle  dan sebagainya. Halaqoh ni dijalankan dengan ada individu yang bertindak sebagai naqib (bagi lelaki) dan naqibah (untuk perempuan). Naqib atau naqibah ini boleh bertindak sebagai fasilitator/guru/ketua dan sebagainya yang mana akan mengetuai sesuatu halaqoh yang dijalankan. Kebiasaanya, jika anggota halaqoh ini mempunyai persoalan, naqib / naqibah akan berusaha untuk menjawab dan dalam masa yang sama, akan bertanya lagi pendapat ahli yang lain.. Maksudnya, halaqoh ni mengamalkan budaya ‘Sharing is Caring’. =)

Topik yang nak dibincangkan, bebas.. Bukan khas hanya kepada isu2 agama.. Haa, part ni kadang2 ramai orang kat luar sana yang memandang halaqoh hanya sebagai tempat untuk orang2 alim...TIDAK... Sebab, ahli dalam halaqoh ni lah yang sebenarnya memerlukan pengisian yang banyak tentang persoalan dalam hidupnya.. Malah, bekas pelacur mahupun bekas penagih dadah pun boleh sertai halaqoh ni.. Yalah, pengalaman mereka lagi banyak berbanding kita. Jadi dorang boleh share pelbagai story tentang kehidupan lalu mereka dan naqib / naqibah akan mengaitkan setiap kejadian tu dengan kehidupan kita pada masa kini. Ala jangan risau.. insyaALLAH.. Halaqoh yang dijalankan bukan lama.. Kalau cakap bz asaimen bagai, ingatlah Allah yang bagi kita masa dan kelapangan sebenarnya...arasso?? =) *Ni muhasabah bagi diri sendiri...=( Mesti husnuzon (bersangka baik) ya adik2 ..Tetiba...=p

Ok, aku rasa sangat panjang dah story tentang halaqoh tadi..hehehe... Xpa,share2 kita..

Sambung balik kepada novel Tautan Hati ni, aku rasa impress dengan cara pengolahan ayat oleh penulisnya.. Sebab, bahasa yang digunakan mudah difahami walaupun banyak madah puitis digunakan. Tapi don’t worry rakan2, sebab jalan cerita senang difahami. Jangan mudah bosan baca benda macamni k.. Memang mungkin ada yang dah baca sikit2 buku ni, pastu kata dalam hati ‘Aduh, boringnya.....’ Jangan! Baca dulu sampai abes, barulah buat kesimpulan tentang cerita tu..

Banyak persoalan dalam kepada aku ni terjawab bila baca buku ni.. Ini merupakan salah satu inisiatif penulis untuk menerapkan banyak ilmu tentang kehidupan seharian kita selain kita balik2 tanya kat ustaz / ustazah tentang benda yang kita kabur-kaabur (kata orang Sabah)..

Akhir kata, (ceh, macam tulis surat ko Bah..) aku promo sekali lagi tolonglah baca novel Tautan Hati ni.. Tanamkan dalam hati, ‘biarpun tebal sampai 785 ms, namun akan kugagahi jua untuk membacanya’...^-^hehe..

Lagi2 musim cuti skang ni, xla masa terbuang dengan benda sia2 kan..InsyaALLAH..

Sekian, Wassalam...

Syukron kepada siapa yang sudi membaca...=)

Wednesday, December 19, 2012

Random Post..

Assalamualaikum wbt..

Merujuk kepada tajuk di atas *skemanya ko’.. Senang ja mau cakap, aku memang bingung mau letak story apa. Jadi untuk mengisi kekosongan ni, hem..mungkin better aku cerita tentang tempat kelahiran aku kot..

SINDUMIN...

Ok Sindumin ni bukan la nama kampung aku.. Cuma pekan kecik ni adalah merupakan tempat aku membesar.. Dari kecil lagi aku memang ulang-alik lalu pekan ni untuk masuk ke kampung. Almaklumlah, sek rendah aku dlu terletak kat pekan ni. SK Sindumin, sekolah yang kubanggakan....lalala... tiba2 menyanyi...


Sekolah dulu memang kecil ja.. Maklumlah, sekolah kat area kampung.. Tapi istimewanya skolah ni adalah sebab kedudukannya yang dekat dengan sempadan Sarawak. Ramai juga kgkwn yang xtau d mana sebenarnya Sindumin ni..hem...
ok mau jelas lagi meh aku tunjuk peta.




Eh, xla jelas mana..hahaha...cik BB ni slow la..line xkuat... macam yang korg nampak di peta tu, bawah sindumin tu la Sarawak..Dekat2 dah tu nak masuk Sarawak.. Dari skul aku, jalan kaki pun boleh dah limpas imigresen tu..hehe..

Walaubagaimanapun, area sekolah ni kena hati2 sket.. Sebab jalan keluar dari sekolah ni dekat dengan jalan besar yang menghubungkan antara sempadan Sabah dan Sarawak..Banyak kereta2 dari Brunei, Sarawak mahupun Sabah sendiri akan melalui jalan ni..Jadi, pandu cermat, anak murid yang lalu selamat..hahaha....kempen sangat ko bah..^-^

Selain tu, bila sebelah pagi aku sekolah harian, sebelah petang pulak aku akan datang lagi untuk Sekolah Agama. Dulu cita2 tu memang ingin jadi ustazah.. hehe..Tapi, ‘ustazah’ betul2 tu xdpt, so dah dapat jadi cikgu @ dalam bahasa Arabnya, ‘ustazah’ biasa pun dah Alhamdulillah.. Ajar prasekolah pun sgt best!! yang penting dapat bantu didik anak bangsa..<3.. Harap maaflah sebab xdpt post gambar. Sush mau cri gambar dulu2.. Search kat google pun sush, xda sangat. 

Di pekan ni jugaklah tempat family aku ‘membeli-belah’. Mana2 barang yang kurang, kami akan dapatkan di pekan Sindumin. Waktu kecil dlu kami akan sebut kedai ni, ‘kedai besar’.. Sebab apa, haha..sebab kedai kat pekan ni lebih besar berbanding kedai2 runcit kat kampung.. Logik x logik..ngeee..

Ok bercerita mengenai suku kaum ataupun bangsa yang ada di sni. Majoriti penduduk adalah berbangsa Kedayan dan sebilangannya Brunei. Asal Kedayan ni setahu aku memang dari Sarawak. Dan berlaku penghijrahan oleh penduduk Sarawak suatu ketika dahulu yang mana akhirnya penduduk di Sindumin hampir keseluruhannya adalah berbangsa Kedayan. Mungkin hanya sedikit yang berbangsa Brunei sebab wujudnya perkahwinan campur..Biasalah tu kan.. =)

Makanan popular bagi bangsa Kedayan ni juga mungkin ada yang sudah tahu atau ingat2 lupa ataupun xtahu langsung..hehe..Ok makanan ruji sama juga macam orang Melayu lain, iaitu nasi. Tapi ada beberapa jenis makanan ni yang disinonimkan dengan bangsa Kedayan ni, iaitu 'hambuyat' dan 'kelupis'. Orang Brunei pun lebih kurang juga dengan bangsa kami ni..cuma sebutan 'hambuyat' tu lain sikit iaitu 'ambuyat'. 

 Ok ni Hambuyat..=)




Bawah ni pulak cicah yang sedap kalau makan dengan hambuyat ni..hehe..
Actually, apa2 cich pun ok..ikut selera masing2..


Ini pulak kelupis..kelupis ni belum dimasak lagi..




Ni barulah yang da masak..Kelupis ni sebenarnya dibuat daripada beras pulut + santan + daun pandan (supaya wangi gitu...)


Sumber : Mcam besa, Cik Google kita..hehe..


Hem...setakat ni dlu perkongsian aku tentang makanan..eh x..random post ni..campur2 pulak kan topik2 aku dalam ni..tapi yang penting semua tentang Pekan Sindumin... Tempat aku dibesarkan..=)

Lastly, sedikit pesan dari aku, ‘Cintai tempat kelahiran kita..hehe..walau mundur mahupun miskin mana penempatan kita, namun bersyukurlah sebab kalau xda tempat ni, mungkin kita xwjud kan’..*Mengarut kah??^-^ Tapi kenyataan bah..Aku bangga menjadi warga Sindumin...hehehe..

Sekian, Wassalam... 

Hadapi hari anda dengan senyuman..=)




Tuesday, December 18, 2012

Mukadimah dan Sesi Ta'aruf..=)




Assalamualaikum wbt...


Coretan pertamaku dalam ruangan diari moden (*Menurut Cik Fatin Amalina kita)..@ diari canggih @ bla...bla... hek2..

Firstly, hamba ingin mmperkenalkan empunya diri yang bakal menjadi penaip tegar pada blog kesayangan hamba ni..hehe...

Biasanya, kgkwn panggil ibah / ibayyo / ibut n so on..Memacam la nama..Xpa, yg pnting sdap didengar oleh halwa telinga ni..Asalkan jgn panggil dgn nama2 yang pelik *eh,bukan pelik ka nama ‘ibayyo’ tu???hemmm...no komen...^-^..Ada sejarah nama ni..) & bukn nama yg mmpunyai maksud yg buruk.. Umur aku 23 tahun, 1 bulan, 15 hari..hehe..

Lagi...Ko orang mana ni?? Ok, ni pertanyaan biasa bagi orang2 Sabah..hehe..K lah...Sriuosly, mula2 aku mau bgtau yang aku nk sangat cakap aku ni original Sabahan... Yalah, dr dalam kandungan mama ku lagi aku ni memg stay Sabah.. tapi hakikatnya, Eh,mix plak aku ni kan??!! Hemmm...perlu ka xcted?? Huhu...jgn slh fhm...mix yg dimaksudkan adalah Sabahan dan Sarawakian..coz mama : Sabah, Bapa : Sarawak...harus la trima hakikat kan bhawa diri ini berada dalam lgkungan 2 negeri ni..hehe..Tapi aku bangga...hdup dalam 1 Borne0!!^-^

Recently, aku baru ja abes stdy 5 and a half year dlm bidng prguruan aku..hem...jadi cikgi la ni..insyaALLAH..doakan agar dipermudahkan olehNYA segala urusan penempatan nti..AMIN...

InsyaALLAH, melalui 'kehadiran' blog ni, aku akan sampaikan macam2 info kat viewers d luar sna..hehe..Aku xla spesifikasikan blog ni hanya untuk luahan semata2, tapi aku lebih suka share banyak benda ngan orang spt Ilmu2 bguna (Agama, Pendidikan and so on), trip2 aku (sebgai prkgsian mklumt...*yalah..manatau bila nampak gambar2 yang aku pos, suma dok nak usha ..'eh, d mana ni??'..kot la kan..), tntg my life and many more...=)

Setakat ni dlu sesi ta'aruf blog aku ni..insyaALLAH ada ruang dan peluang, akanku taip lagi mcm2 kat blog aku ni..=)

Wassalam...