Wednesday, May 27, 2015


Assalamualaikum...

Aku suka belajar banyak bahasa.. The reason why aku suka tengok tv is pasal tu lah.. Aku cenderung untuk meniru percakapan atau dialog cerita dalam rancangan tu. Tak kisah lah, drama, filem or variety show, tp part belajar bahasa tu memang best. Sebab aku suka belajar benda yang baharu. (Part makan resepi yang baru2 pun aku suka...pelahap ok! ) Means, everything is new to me is awesome (for me laa) hehe...

Tapi harini cukup story pasal bahasa ja lah. Kalau nak cerita tentang bahasa yang paling aku suka, hemmm... aku pun bingung sebenarnya. Sebab bila belajar satu bahasa tu contohnya Korea, aku akan rasa satu kepuasan. Yalah, sebab dah terbayang-bayang dalam kepala ni bila dapat berinteraksi dengan Korean. Ko x nak?? Hehe...sorry, over pulak..

Kengkawan semasa masih kat IPG dulu selalu kata, aku ni gila Korea. Emm cmana ek nak explain. Mungkin berbalik kepada kepuasan tu lah kan. Aku cenderung layan everything about korea ni sebab benda tu ja yang banyak berleluasa sekarang. Bila nak minta movie ka apa, semua supplier tu, majoriti la mesti ada title ‘KOREA’ tu dalam hardisk atau laptop diorang. See... mana aku xterikut2 kan. Mau tak mau, bila dah banyak sangat layan cerita korea ni, mesti korang akan tahu berbahasa korea kan..

Kenapa mesti bold perkataan TAHU tu?? Sebab, ramai orang akan confused bila kita tahu berbahasa korea. Orang akan label, ‘ehh, fanatik gak ko dengan korea-korea ni, siap pandai lagi bahasa diorang”.. “ ehh, wahhh...pandainya ko cakap korea” and so on.

Ok korang, perkataan tahu tu berbeza dengan ‘mahir’ a.k.a expert. Yang bahasa korea yang aku suka cakap selama ni (dalam perbualan dengan kengkawan rapat), itu sebab aku ‘tahu’ nak cakap dan faham sekali. Tapi aku ‘TIDAK MAHIR A.K.A EXPERT. Kalau aku dah expert bahasa tu, lebih bek aku kerja sambilan sebagai translator untuk diorang kan kan kan?

Tapi jujur cakap, memang best kalau kita banyak tahu perkara baru. Setakat ni bahasa yang aku dah explore sikit2 is Tagalog, Latin, Korean, Jepun, Hindustan (ini 5 daripada 100%), dan Arab.

Bila tengok ni, jangan cakap aku angkuh atau sebagainya, sebab aku hanya ‘tahu’ bahasa ni, tapi x expert. Yalah, tahu 1, 2 patah perkataan diorang, kira belajar bahasa diorang lah kan. Sama juga seperti kita mengenal seseorang. Kita tahu nama orang tu c Bedah contohnya.. tapi adakah kita benar-benar kenal dia sedalam-dalamnya sampai kita boleh berbual dengannya dengan semua perkara? ofkos x kan...Betul x? Hehe... Itu pandangan aku sendiri. Pandangan korang aku xtahu lah..

Aku masih ingat lagi, bila time masih kat sekolah menengah dulu, bila ada break ja aku akan tonton tv dan tengok banyak drama bersiri di Tv2..  Yalah, dulu xdak astro lagi kot. Bila petang-petang ja, dah tercangak depan tv tuk tengok drama yang diminati.. wahh, penuh drama rupanya hidupku ini.. hehe...

Contohnya, untuk drama bersiri Latin :
-       Paloma,
-       Yo Soy Betty la Fea... (aku lupa ejaan daa) ,
-       Cuando Seis Mia (ejaan harus hantam!),
*konfem mesti ada yang pernah layan drama ni dulu kan, kan?

Drama Tagalog :
-        -  Pangako Sa Yo,
-        -  Sanay Wala Nang Wakas,
-        -  Bituin,
* (oleh sebab dah bertahun berlalu, so aku lupa...hahahaha...)

Korea mana?? Hehe.. Korea aku memang mula minat tengok semasa masuk IPG. Dulu siap kasi main2 lagi bahasa diorng yang banyak ‘O’ tu. Tapi sekarang, huhu...o o  tulah yang biasa disebut.

Part yang aku xboleh lupa adalah aku akan siap2 dok depan tv dengan memegang pensel dan buku latihan untuk conteng2.. conteng apa?? Of course lah tulis perkataan yang diorang sebutkan. Kira aku buat mini kamus untuk pelbagai bahasa lah. Siap ada partition bahasa lagi. Drama Latin belah ni, Tagalog tempat lain pulak. Perghh, detailnya aku dulu. 100% beza dengan sekarang.

Hahaha...nak bukti?? Sorry la...Aku sendiri pun rasa sayang dengan buku tu yang sudah menghilang entah ke mana.. kenangan dalam memori ja lah ya...

Ok stop lah..

Take care korang..

Ohya, apa2pun thanks to all gegirl PISMP Prasekolah IPG Keningau yang label aku sebagai ‘Master Of Many Language’.. Sayang jugak korang ngan aku kan..hahahahaha....

Wassalam... 






Trip to Kuching…(Bujangan Team ^_^)


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, bulan September lalu (ok lalu kott..2014?? Pemalas sgt!) haha..aku dan 3 orang kawan lagi dapat jejakkan kaki ke Kuching, Sarawak. Sebenarnya sebelum ni memang dah datang Sarawak. Tp xsampai Kuching lgi. But, this time, here I come Kuching!

Perjalanan kali ni sebenarnya bukan dirancang. Terlintas dalam kepala nak jalan-jalan sementara still bujang ni. So, tanpa fikir panjang, cek tiket at first, harga agak mahal. Macam  xberbaloi. Tapi still not give up. Esoknya cek lagi tiket. Dan Alhamdulillah housemate a.k.a salah sorang geng yang join dalam trip ni terrrcek tiket dan dapat harga promo.. Rm 39 only ok! Tapi macam biasala, tambah itu ini, dapatlah harga dalam RM 103 sorang. Berbaloi-baloi kan… Kami share luggage ja memandangkan kami kononnya nak jimat. hehe..So semua pun kena on budget..

Ok nak dijadikan cerita, pada 13 September lalu bermulalah our journey to Kuching. Plan mula-mula kami nak ambil pakej sorang pakcik cina ni la. Sebab my housemate ada contact number pakcik ni. Dia dapat dari sorang cikgu yang pernah datang Kuching sebelum ni. Ala kira tour guide kitorang la yang boleh bawa kitorang lawat tempat-tempat menarik sepanjang 4 hari 3 malam kitorang di Kuching. Tapi fikir punya fikir, kena bajet lebih sikit la kan. Dan at last, kebetulan pula, ada kawan-kawan study dulu yang tinggal kat area Kuching dan Bau. So apalagi, aku pun bertindak la sebagai pengatur perjalanan kami ni. Contact sorang kawan yang ada kat sana, bincang punya bincang dia pun setuju untuk ambil kami dari airport dan  tolong hantar sekali sampai cek in kat hotel. Owesome!! Hehe

Alhamdulillah, proses awal ketibaan tu berjalan dengan lancar.  Kami cek in di City Inn Hotel. So far ok jugak. Sebab servis hotel tu memang tip top. Tabik spring dengan receptionist hotel tu. Sanggup layan kerenah dan pertanyaan bertalu-talu dari kami. Hahaha… banyak tanya dan banyak permintaan kot. Balik-balik muka kitorang ja yang diorang perlu layan. Nak tukar bilik la, minta iron la, ekon xsejuk la… Lucky sebab diorang memang xpernah bosan dengan kerenah kitorang. Mula-mula kitorang dapat bilik single katil queen size. So terpaksa ambil 2 bilik which is 2 person per room. Ini semua gara-gara hotel yang kitorang booked online before travel tu, jauuh dari waterfront Kuching. So last minit tukar dan dapat la hotel City Inn tu.

Ok stop talking about hotel. Sambung balik story yang gantung tadi.
Kami cek in hotel time tu dah dekat maghrib. So alang-alang kitorang solat dlu, then terus keluar jalan-jalan kat waterfront tu. Sebab dengar-dengar boleh naik perahu tambang tuk menyeberang ke kampung sebelah. Kitorang pun seperti biasa tanya ‘ banyak-banyak’ kat receptionist tu. Menurut abang tu, sebelah hotel kitorang tu la waterfront. Wow luckynya kitorang! ^_^

Jalan kaki hanya ambil masa lebih kurang 5-10 minit. So boleh la exercise kan. Sampai waterfront tu, kitorang pun terus naik perahu. Unik juga la sebab naik perahu tuk menyeberang ke kampung sebelah. Best!! Ok sikit info. Pakcik yang pandu/kemudi perahu ni tak minta tambang banyak. Sorang dalam 50 sen ja. Bajet x bajet?? Hehe


Sampai kat sebelah, taraaaaa…… 







Ni la antara first kedai kek lapis destinasi kitorang.. Muka excited pun ada…hehe..


Yang ni kedai kek lapis kedua kami tuju...banyak pilihan juga kek lapisnya..

Ada beberapa kedai jual kek lapis kat sini. Aku mula-mula xmau la beli kek lapis banyak-banyak. Takut overload bag kan. Sebab amek luggage pun dalam 20kg ja share untuk 2 orang. Lagipun plan nak gi Kuching ni kiranya nak merasa tempat orang la. Shopping tu tolak tepi dulu. Shopping sikit2 ja. Hehe…

Ok la..diringkaskan cerita… di bawah ni dilampirkan gambar sepanjang kitorang di sana …(dah macam buat laporan kau…)hehe..plan awal nak buat day by day..hemm..tp ruang memory dah low..haha...


 Waterfront Kuching



Serikin mariii…


Abg tourist tu mungkin bermonolog “Eh, pindiknya mereka?” bahahaha…maaf bang..gurauu..


FYI, suhu di Serikin ni memang veryy hot ok..so diingtkan kalau teringin ke sini, pakailah sunglasses, topi trip2 ke pantai tu, sunblock dan yang sama waktu dengannya..


Cik Kak ni nampaknya tekun menilik..haha


Korang rasa dia beli x kasut tu? Haha..ofkos la tidak…menanya ja bukan main kan Cik kak Fatin dan Cik Kak Ani…hee..jan marah..







 Ni tourguides kami sepanjang ke Serikin.. tq sebab sudi tumpangkan kereta..=)



Last but not least, jadilah macam dia..suka merantau..kalau tengok dia ni, agak2 dia kakak ka dia adik? Hehe..

Ok sampai takat ni ja la.. so kepada sesiapa yang teringin jenjalan di Kuching tu, silakan…xmenyesal mengenali budaya orang kan..xbeli banyak pun, cukup la mengenal satu tempat baru. Sedangkan Allah pun galakkan kita merantau untuk cari pengalaman hidup..

Peace…^_^
Wassalam..