Wednesday, May 27, 2015


Assalamualaikum...

Aku suka belajar banyak bahasa.. The reason why aku suka tengok tv is pasal tu lah.. Aku cenderung untuk meniru percakapan atau dialog cerita dalam rancangan tu. Tak kisah lah, drama, filem or variety show, tp part belajar bahasa tu memang best. Sebab aku suka belajar benda yang baharu. (Part makan resepi yang baru2 pun aku suka...pelahap ok! ) Means, everything is new to me is awesome (for me laa) hehe...

Tapi harini cukup story pasal bahasa ja lah. Kalau nak cerita tentang bahasa yang paling aku suka, hemmm... aku pun bingung sebenarnya. Sebab bila belajar satu bahasa tu contohnya Korea, aku akan rasa satu kepuasan. Yalah, sebab dah terbayang-bayang dalam kepala ni bila dapat berinteraksi dengan Korean. Ko x nak?? Hehe...sorry, over pulak..

Kengkawan semasa masih kat IPG dulu selalu kata, aku ni gila Korea. Emm cmana ek nak explain. Mungkin berbalik kepada kepuasan tu lah kan. Aku cenderung layan everything about korea ni sebab benda tu ja yang banyak berleluasa sekarang. Bila nak minta movie ka apa, semua supplier tu, majoriti la mesti ada title ‘KOREA’ tu dalam hardisk atau laptop diorang. See... mana aku xterikut2 kan. Mau tak mau, bila dah banyak sangat layan cerita korea ni, mesti korang akan tahu berbahasa korea kan..

Kenapa mesti bold perkataan TAHU tu?? Sebab, ramai orang akan confused bila kita tahu berbahasa korea. Orang akan label, ‘ehh, fanatik gak ko dengan korea-korea ni, siap pandai lagi bahasa diorang”.. “ ehh, wahhh...pandainya ko cakap korea” and so on.

Ok korang, perkataan tahu tu berbeza dengan ‘mahir’ a.k.a expert. Yang bahasa korea yang aku suka cakap selama ni (dalam perbualan dengan kengkawan rapat), itu sebab aku ‘tahu’ nak cakap dan faham sekali. Tapi aku ‘TIDAK MAHIR A.K.A EXPERT. Kalau aku dah expert bahasa tu, lebih bek aku kerja sambilan sebagai translator untuk diorang kan kan kan?

Tapi jujur cakap, memang best kalau kita banyak tahu perkara baru. Setakat ni bahasa yang aku dah explore sikit2 is Tagalog, Latin, Korean, Jepun, Hindustan (ini 5 daripada 100%), dan Arab.

Bila tengok ni, jangan cakap aku angkuh atau sebagainya, sebab aku hanya ‘tahu’ bahasa ni, tapi x expert. Yalah, tahu 1, 2 patah perkataan diorang, kira belajar bahasa diorang lah kan. Sama juga seperti kita mengenal seseorang. Kita tahu nama orang tu c Bedah contohnya.. tapi adakah kita benar-benar kenal dia sedalam-dalamnya sampai kita boleh berbual dengannya dengan semua perkara? ofkos x kan...Betul x? Hehe... Itu pandangan aku sendiri. Pandangan korang aku xtahu lah..

Aku masih ingat lagi, bila time masih kat sekolah menengah dulu, bila ada break ja aku akan tonton tv dan tengok banyak drama bersiri di Tv2..  Yalah, dulu xdak astro lagi kot. Bila petang-petang ja, dah tercangak depan tv tuk tengok drama yang diminati.. wahh, penuh drama rupanya hidupku ini.. hehe...

Contohnya, untuk drama bersiri Latin :
-       Paloma,
-       Yo Soy Betty la Fea... (aku lupa ejaan daa) ,
-       Cuando Seis Mia (ejaan harus hantam!),
*konfem mesti ada yang pernah layan drama ni dulu kan, kan?

Drama Tagalog :
-        -  Pangako Sa Yo,
-        -  Sanay Wala Nang Wakas,
-        -  Bituin,
* (oleh sebab dah bertahun berlalu, so aku lupa...hahahaha...)

Korea mana?? Hehe.. Korea aku memang mula minat tengok semasa masuk IPG. Dulu siap kasi main2 lagi bahasa diorng yang banyak ‘O’ tu. Tapi sekarang, huhu...o o  tulah yang biasa disebut.

Part yang aku xboleh lupa adalah aku akan siap2 dok depan tv dengan memegang pensel dan buku latihan untuk conteng2.. conteng apa?? Of course lah tulis perkataan yang diorang sebutkan. Kira aku buat mini kamus untuk pelbagai bahasa lah. Siap ada partition bahasa lagi. Drama Latin belah ni, Tagalog tempat lain pulak. Perghh, detailnya aku dulu. 100% beza dengan sekarang.

Hahaha...nak bukti?? Sorry la...Aku sendiri pun rasa sayang dengan buku tu yang sudah menghilang entah ke mana.. kenangan dalam memori ja lah ya...

Ok stop lah..

Take care korang..

Ohya, apa2pun thanks to all gegirl PISMP Prasekolah IPG Keningau yang label aku sebagai ‘Master Of Many Language’.. Sayang jugak korang ngan aku kan..hahahahaha....

Wassalam... 






No comments:

Post a Comment