Friday, July 31, 2015

SOALAN CEPUMAS


Assalamualaikum wbt…

Tajuk entri pun dah macam suspen..hehe..sebenarnya ni antara benda yang segelintir daripada kita takut mau jawab. Betul x? Soalan cepumas ni biasanya boleh diumpamakan macam soalan sensitif. Mostly la, tp bukan semua..(faham perbezaan di situ?^_^)

Topik untuk soalan cepumas ni pun ada pelbagai. Contohnya (yang paling femes / common) ialah :
1.    “Bila maw kwin?” –bagi yang bujang
2.    “Bila maw ada anak?” –bagi yang belum ada zuriat
3.    “Bila maw ada anak lelaki?” – bagi yang anak berderet-deret perempuan
4.    “Bila maw ada anak perempuan ?” – bagi yang anak berderet-deret lelaki
5.    “Bila maw kerja? Graduate dah lama” – bagi yang menganggur.

T-T Seringkali pengguna laman sosial post benda-benda macamni. Reaksi dan penerimaan setiap orang pula amat berbeza. Ada yang :

-       Buat-buat happy..lalalala
-       Bagi jawapan melalut
-       Blur kejap…
-       Senyum dan tersengih
-       Terkejut  dan x menyangka @-@
-       Diam sebab xtau maw jawab apa?
-       Marah dan geram (secara batinniyah) xberani luah pun..hehe
-       Marah dan geram secara luaran (jarang berlaku)
-       Bagi jawapan klise (opsss)
-       Nangiss ..sob2.. (ok yg ni jarang berlaku secara berdepan sejurus selepas ditanya)
-       Dan mungkin banyak lagi..

Golongan orang yang bertanya ni juga pelbagai. Orang yang dah berkahwin, makcik pakcik, kawan sendiri, kawan sekerja dan tidak terkecuali kawan yang belum berkahwin itu sendiri pun dok sibuk bertanya…hahaha…xmarah pun.. sebab ada geng! yess~~~

Tapi sebenarnya semua ni berbalik kepada hati kita sendiri. Allah dah jadikan kita manusia yang pandai berfikir. Kita sudah dapat menimbang tara keinginan hati kita. Yang ditanya mahupun yang bertanya. Cuma kadangkala segelintir orang yang bertanya ni suka cakap lepas. Nampak gayanya dalam bertanya soalan cepumas ni pun kena ada etika. Hehe..Yes! memang perlu. Sebab benda ni melibatkan hati. Kalau sudah hati kita terluka, susah maw rawat balik…chewah..

Sejujurnya aku lebih suka orang yang bertanya soalan cepumas ni dengan berhemah. Teringat lagi semasa hari raya baru-baru ni. Kitorang pergi beraya di Benoni, Papar. Kiranya menziarah keluarga yang lama kami xjumpa. Sudah veteran dan mama gelar beliau as Haji. Haji ni merupakan adik angkat arwah datuk aku.. Seorang pesara guru dan mempunyai seorang isteri  yang mempunyai masalah penglihatan yang teruk. (Allah peliharalah dirinya..amin)..ini merupakan kali pertama kami berjumpa isterinya. Selama ini kami hanya mendengar cerita haji saja berkenaan keadaan isterinya. Bila sudah nampak depan mata, Ya Allah beliau tidak kelihatan seperti orang mempunyai masalah mata. Beliau boleh berborak seperti biasa dan seolah-olah bercakap sambil memandang ke mata kami.

“maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan”

Bila kami berborak berkenaan keluarga, mereka berdua sangat positif. Banyak yang kami bualkan. Kemudian pada akhir perbualan kami, haji itu sempat bertanya kepada aku “Bah, bila kahwinnya?” zapppp...rasa pada tika tu segan tapi excited..haha…don’t know why.

Aku terus senyum dan cakap “ Belum lagi pakcik. inshaAllah nanti adalah.”
Then beliau reply “ ooh belum ada jodoh tu. Tunggu saja, inshaAllah ada tu nanti. Xpayah terburu-buru, pilih yang bagus-bagus.”

Isterinya ikut menyampuk “ Ada jodoh kahwin tu nanti. Xpayah risau.” (dialog beliau suami isteri lebih kurang begini maksudnya)..

Aku punya senyum meleret sampai telinga..happy wei kena jawab macamtu..hehehe….mereka bertanya, namun jawapan aku diterima dengan baik.

Pernah juga kena tanya macam ni sebelum ni, tapi bila aku jawab ‘xdak lagi,  belum lagi..kebanyakkannya jawab :

-     “Jangan lama-lama. Makin tua suda umur ko tu.” (emangnya umur itu penentu kepada jodoh? Hemmm…) nah keluar indon aku..haha..

-      “Eleh..ada sudah ni kan. Ko ja yang memilih”. ( dia memang ahli silap mata yg hebat!!)

"" "Bah bagitau sikawan tu jangan lama-lama (merujuk kepada bakal suami aku kononya..haha)

Hihi…itulah antara ragam manusia yang pelbagai. Tapi entri ni bukan tentang kemarahan aku kepada orang yang bertanya di luar sana ya.. Cuma sekadar perkongsian sebab aku rasa ramai orang di luar sana mengalami benda yang sama. Kan?

Kita ni manusia yang memang tidak lari dari kesilapan. Yang membezakan kita hanyalah samada kita mampu ubah kesilapan itu atau tidak. Kesimpulannya, semuanya terletak pada Allah. Allah yang pegang hati kita, jodoh kita, rezeki kita, ajal kita. Once Allah kata ‘Kunfayakun, maka jadilah ia’. Semua benda dia pegang. So kita sebagai manusia bukan pengatur kepada semua tu. Kalau difikir secara rasional, siapa yang tidak mahu kahwin. Siapa yang tidak mahu dapat anak. Pokoknya, memang yelleee…tiada..opso…hehe..

Jadi marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk ibu bapa dan ahli keluarga kita, rakan-rakan kita, saudara mara, sesama muslimin dan muslimat di luar sana, agar semua orang berusaha untuk hidup dalam keberkatan. Tiada prasangka negatif, tiada hasad dengki, tiada sifat riak dan takabbur. Berusaha untuk memperoleh kebahagian dalam berumah tangga. Berusaha untuk mencari rezeki yang halal dan berusaha dengan izinnya supaya ditemukan dengan zauj kita yang beriman, supaya Allah redha dengan kita, dengan ukhwah yang kita bina, dengan amal yang kita buat. InshaALLAH…Amin ya Allah..
Sekian, wassalam… peace^_^


1 comment:

  1. Assalamualaikum cik jah...

    baru terbaca coretanmu yang penuh madah puitis indah..hahah..

    have faith in Him..Dia merancang yang terbaik buat kita semua..saranghaeeee....

    ReplyDelete