Assalamualaikum...
Nak story berkenaan tajuk di atas, banyak benda yang berlaku dalam
hidup aku kebelakangan ni..
Bercakap tentang tempat baru, sekarang ni aku telah diinterimkan
di salah sebuah sekolah di sebelah kampung kelahiran aku juga. Alhamdulillah,
aku memang lucky la sebab dapat dekat area aku juga. Cuma, sebab aku mention
tempat baru seperti di atas ialah kerana aku jarang datang kat tempat ni.
Mungkin dari kecil aku hanya pernah datang ke kampung ni hanya sekali dua. So,
memang baru la bagi aku. Sebab, kawasan kampung pun memang berbeza dengan
kampung aku.
Kedua, tentang pengalaman baru. Baru-baru ni @ kemarin ada
peristiwa yang berlaku di sekolah ni. Pengalaman baru dan sangat mengejutkan. Kalau
cakap kaget dan takut, memang confirm la kan. Apa tidaknya, ada bapa murid kat
sekolah ni datang menyerbu guru sebab anaknya cedera (menyebabkan kepala murid
berdarah). Memang aku akui sendiri, anaknya boleh dikatakan cedera teruk. Aku
sendiri pun langsung tak berani nak datang dekat sebab banyak darah. Tapi yang
uniknya, murid ni nampak kuat sket.
Sebab, dia hanya menangis kesakitan ibarat luka yang dialaminya
hanya calar atau yang sama waktu dengannya. Lepas tu, masa bapa murid tu datang
sekolah, siap dia pimpin lagi tangan budak yang luka tu masuk ke kawasan
sekolah. Cuba korang bayangkan sendiri, budak yang cedera di kepala, boleh
berjalan dengan hebatnya masuk ke kawasan sekolah sebab kes nak tuntut bela la
kiranya tu. Hebat tak hebat????
Nak dijadikan cerita, yang datang buat serbuan ke sekolah bukan
hanya bapa murid tu, tapi dengan ‘geng’ sekali. Sorang ja lah.. tak ramai mana.
Tapi memang panas gak suasana sekolah bila ‘geng’ bapa murid tu berperang mulut
dengan guru-guru. Kesian guru-guru yang tak tahu menahu tu kena tembak. Mereka
mengatakan yang ini kesalahan guru dan sekolah. Siap sekuriti pun masuk
terlibat kena marah.
Fuh, telinga pun rasa lain2 ja dengar bila guru kena blame. Sebab,
murid tu cedera semasa kelas dah tamat. Guru terakhir yang mengajar murid tu
pun, dah bagi pelepasan tuk murid pulang
ke rumah.
Persoalannya, salah gurukah bila murid cedera selepas waktu
pulang? Aku bukannya nak blame parents tu 100%.. Mungkin salah guru juga sebab
terlepas pandang. Biasalah, guru bukan Tuhan. Kami hanya orang biasa yang punya
kekurangan seperti individu yang lain. Yang sedihnya bila parents tu siap kata
lagi guru hanya ‘tengok buku’ sahaja. Murid diabaikan. T-T...Cabaran...So,
siapa di luar sana kata kerja guru ni senang? (Angkat tangan sendiri depan
laptop) hehe... The answer is ‘NOT’!
Aku tulis benda ni bukan untuk luahkan perasaan tak puas hati,
tapi seharusnya semua golongan masyarakat di luar sana sedar bahawa kami ni
sebagai guru juga banyak tanggungjawab. Mendidik murid ni meluas bidangnya. Bukan
sahaja ajar celik huruf dan nombor, tapi membentuk disipilin, peribadi, akhlak
dan yang sama waktu dengannya. Banyak tanggungjawab yang guru perlu pikul. Bagi
yang sudah berkeluarga, urus anak-anak di rumah lagi, membersih lagi. (Ok ini
bukan merungut, tapi sekadar nak bagi pendedahan bahawanya guru ni hanya orang
biasa).
But, seriously ni pengalaman yang baharu bagi aku. Sebelum ni
hanya mendengar dari mulut orang sahaja, tapi bila benda ni berlaku depan mata
sendiri, baru rasa menggigil juga kaki ni. Hem...Hopefully xda lagi benda macam
ni berlaku. InshaAllah...
’Ya Allah permudahkanlah urusan ku
dalam membentuk anak muridku menjadi insan yang mulia disisiMU Ya Allah’....Amin Ya Rob.. T-T
*Mood sentap tetiba...apakah???? hemmm....
Sekian, wassalam...