Wednesday, May 27, 2015


Assalamualaikum...

Aku suka belajar banyak bahasa.. The reason why aku suka tengok tv is pasal tu lah.. Aku cenderung untuk meniru percakapan atau dialog cerita dalam rancangan tu. Tak kisah lah, drama, filem or variety show, tp part belajar bahasa tu memang best. Sebab aku suka belajar benda yang baharu. (Part makan resepi yang baru2 pun aku suka...pelahap ok! ) Means, everything is new to me is awesome (for me laa) hehe...

Tapi harini cukup story pasal bahasa ja lah. Kalau nak cerita tentang bahasa yang paling aku suka, hemmm... aku pun bingung sebenarnya. Sebab bila belajar satu bahasa tu contohnya Korea, aku akan rasa satu kepuasan. Yalah, sebab dah terbayang-bayang dalam kepala ni bila dapat berinteraksi dengan Korean. Ko x nak?? Hehe...sorry, over pulak..

Kengkawan semasa masih kat IPG dulu selalu kata, aku ni gila Korea. Emm cmana ek nak explain. Mungkin berbalik kepada kepuasan tu lah kan. Aku cenderung layan everything about korea ni sebab benda tu ja yang banyak berleluasa sekarang. Bila nak minta movie ka apa, semua supplier tu, majoriti la mesti ada title ‘KOREA’ tu dalam hardisk atau laptop diorang. See... mana aku xterikut2 kan. Mau tak mau, bila dah banyak sangat layan cerita korea ni, mesti korang akan tahu berbahasa korea kan..

Kenapa mesti bold perkataan TAHU tu?? Sebab, ramai orang akan confused bila kita tahu berbahasa korea. Orang akan label, ‘ehh, fanatik gak ko dengan korea-korea ni, siap pandai lagi bahasa diorang”.. “ ehh, wahhh...pandainya ko cakap korea” and so on.

Ok korang, perkataan tahu tu berbeza dengan ‘mahir’ a.k.a expert. Yang bahasa korea yang aku suka cakap selama ni (dalam perbualan dengan kengkawan rapat), itu sebab aku ‘tahu’ nak cakap dan faham sekali. Tapi aku ‘TIDAK MAHIR A.K.A EXPERT. Kalau aku dah expert bahasa tu, lebih bek aku kerja sambilan sebagai translator untuk diorang kan kan kan?

Tapi jujur cakap, memang best kalau kita banyak tahu perkara baru. Setakat ni bahasa yang aku dah explore sikit2 is Tagalog, Latin, Korean, Jepun, Hindustan (ini 5 daripada 100%), dan Arab.

Bila tengok ni, jangan cakap aku angkuh atau sebagainya, sebab aku hanya ‘tahu’ bahasa ni, tapi x expert. Yalah, tahu 1, 2 patah perkataan diorang, kira belajar bahasa diorang lah kan. Sama juga seperti kita mengenal seseorang. Kita tahu nama orang tu c Bedah contohnya.. tapi adakah kita benar-benar kenal dia sedalam-dalamnya sampai kita boleh berbual dengannya dengan semua perkara? ofkos x kan...Betul x? Hehe... Itu pandangan aku sendiri. Pandangan korang aku xtahu lah..

Aku masih ingat lagi, bila time masih kat sekolah menengah dulu, bila ada break ja aku akan tonton tv dan tengok banyak drama bersiri di Tv2..  Yalah, dulu xdak astro lagi kot. Bila petang-petang ja, dah tercangak depan tv tuk tengok drama yang diminati.. wahh, penuh drama rupanya hidupku ini.. hehe...

Contohnya, untuk drama bersiri Latin :
-       Paloma,
-       Yo Soy Betty la Fea... (aku lupa ejaan daa) ,
-       Cuando Seis Mia (ejaan harus hantam!),
*konfem mesti ada yang pernah layan drama ni dulu kan, kan?

Drama Tagalog :
-        -  Pangako Sa Yo,
-        -  Sanay Wala Nang Wakas,
-        -  Bituin,
* (oleh sebab dah bertahun berlalu, so aku lupa...hahahaha...)

Korea mana?? Hehe.. Korea aku memang mula minat tengok semasa masuk IPG. Dulu siap kasi main2 lagi bahasa diorng yang banyak ‘O’ tu. Tapi sekarang, huhu...o o  tulah yang biasa disebut.

Part yang aku xboleh lupa adalah aku akan siap2 dok depan tv dengan memegang pensel dan buku latihan untuk conteng2.. conteng apa?? Of course lah tulis perkataan yang diorang sebutkan. Kira aku buat mini kamus untuk pelbagai bahasa lah. Siap ada partition bahasa lagi. Drama Latin belah ni, Tagalog tempat lain pulak. Perghh, detailnya aku dulu. 100% beza dengan sekarang.

Hahaha...nak bukti?? Sorry la...Aku sendiri pun rasa sayang dengan buku tu yang sudah menghilang entah ke mana.. kenangan dalam memori ja lah ya...

Ok stop lah..

Take care korang..

Ohya, apa2pun thanks to all gegirl PISMP Prasekolah IPG Keningau yang label aku sebagai ‘Master Of Many Language’.. Sayang jugak korang ngan aku kan..hahahahaha....

Wassalam... 






Trip to Kuching…(Bujangan Team ^_^)


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, bulan September lalu (ok lalu kott..2014?? Pemalas sgt!) haha..aku dan 3 orang kawan lagi dapat jejakkan kaki ke Kuching, Sarawak. Sebenarnya sebelum ni memang dah datang Sarawak. Tp xsampai Kuching lgi. But, this time, here I come Kuching!

Perjalanan kali ni sebenarnya bukan dirancang. Terlintas dalam kepala nak jalan-jalan sementara still bujang ni. So, tanpa fikir panjang, cek tiket at first, harga agak mahal. Macam  xberbaloi. Tapi still not give up. Esoknya cek lagi tiket. Dan Alhamdulillah housemate a.k.a salah sorang geng yang join dalam trip ni terrrcek tiket dan dapat harga promo.. Rm 39 only ok! Tapi macam biasala, tambah itu ini, dapatlah harga dalam RM 103 sorang. Berbaloi-baloi kan… Kami share luggage ja memandangkan kami kononnya nak jimat. hehe..So semua pun kena on budget..

Ok nak dijadikan cerita, pada 13 September lalu bermulalah our journey to Kuching. Plan mula-mula kami nak ambil pakej sorang pakcik cina ni la. Sebab my housemate ada contact number pakcik ni. Dia dapat dari sorang cikgu yang pernah datang Kuching sebelum ni. Ala kira tour guide kitorang la yang boleh bawa kitorang lawat tempat-tempat menarik sepanjang 4 hari 3 malam kitorang di Kuching. Tapi fikir punya fikir, kena bajet lebih sikit la kan. Dan at last, kebetulan pula, ada kawan-kawan study dulu yang tinggal kat area Kuching dan Bau. So apalagi, aku pun bertindak la sebagai pengatur perjalanan kami ni. Contact sorang kawan yang ada kat sana, bincang punya bincang dia pun setuju untuk ambil kami dari airport dan  tolong hantar sekali sampai cek in kat hotel. Owesome!! Hehe

Alhamdulillah, proses awal ketibaan tu berjalan dengan lancar.  Kami cek in di City Inn Hotel. So far ok jugak. Sebab servis hotel tu memang tip top. Tabik spring dengan receptionist hotel tu. Sanggup layan kerenah dan pertanyaan bertalu-talu dari kami. Hahaha… banyak tanya dan banyak permintaan kot. Balik-balik muka kitorang ja yang diorang perlu layan. Nak tukar bilik la, minta iron la, ekon xsejuk la… Lucky sebab diorang memang xpernah bosan dengan kerenah kitorang. Mula-mula kitorang dapat bilik single katil queen size. So terpaksa ambil 2 bilik which is 2 person per room. Ini semua gara-gara hotel yang kitorang booked online before travel tu, jauuh dari waterfront Kuching. So last minit tukar dan dapat la hotel City Inn tu.

Ok stop talking about hotel. Sambung balik story yang gantung tadi.
Kami cek in hotel time tu dah dekat maghrib. So alang-alang kitorang solat dlu, then terus keluar jalan-jalan kat waterfront tu. Sebab dengar-dengar boleh naik perahu tambang tuk menyeberang ke kampung sebelah. Kitorang pun seperti biasa tanya ‘ banyak-banyak’ kat receptionist tu. Menurut abang tu, sebelah hotel kitorang tu la waterfront. Wow luckynya kitorang! ^_^

Jalan kaki hanya ambil masa lebih kurang 5-10 minit. So boleh la exercise kan. Sampai waterfront tu, kitorang pun terus naik perahu. Unik juga la sebab naik perahu tuk menyeberang ke kampung sebelah. Best!! Ok sikit info. Pakcik yang pandu/kemudi perahu ni tak minta tambang banyak. Sorang dalam 50 sen ja. Bajet x bajet?? Hehe


Sampai kat sebelah, taraaaaa…… 







Ni la antara first kedai kek lapis destinasi kitorang.. Muka excited pun ada…hehe..


Yang ni kedai kek lapis kedua kami tuju...banyak pilihan juga kek lapisnya..

Ada beberapa kedai jual kek lapis kat sini. Aku mula-mula xmau la beli kek lapis banyak-banyak. Takut overload bag kan. Sebab amek luggage pun dalam 20kg ja share untuk 2 orang. Lagipun plan nak gi Kuching ni kiranya nak merasa tempat orang la. Shopping tu tolak tepi dulu. Shopping sikit2 ja. Hehe…

Ok la..diringkaskan cerita… di bawah ni dilampirkan gambar sepanjang kitorang di sana …(dah macam buat laporan kau…)hehe..plan awal nak buat day by day..hemm..tp ruang memory dah low..haha...


 Waterfront Kuching



Serikin mariii…


Abg tourist tu mungkin bermonolog “Eh, pindiknya mereka?” bahahaha…maaf bang..gurauu..


FYI, suhu di Serikin ni memang veryy hot ok..so diingtkan kalau teringin ke sini, pakailah sunglasses, topi trip2 ke pantai tu, sunblock dan yang sama waktu dengannya..


Cik Kak ni nampaknya tekun menilik..haha


Korang rasa dia beli x kasut tu? Haha..ofkos la tidak…menanya ja bukan main kan Cik kak Fatin dan Cik Kak Ani…hee..jan marah..







 Ni tourguides kami sepanjang ke Serikin.. tq sebab sudi tumpangkan kereta..=)



Last but not least, jadilah macam dia..suka merantau..kalau tengok dia ni, agak2 dia kakak ka dia adik? Hehe..

Ok sampai takat ni ja la.. so kepada sesiapa yang teringin jenjalan di Kuching tu, silakan…xmenyesal mengenali budaya orang kan..xbeli banyak pun, cukup la mengenal satu tempat baru. Sedangkan Allah pun galakkan kita merantau untuk cari pengalaman hidup..

Peace…^_^
Wassalam..




Tuesday, August 20, 2013

SALAM AIDILFITRI SEMUAAAA..

Assalamualaikum...

“SELAMAT HARI RAYA PADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT”
MAAF ZAHIR DAN BATIN...PEACE..^___^

Bajet xtau mau post apa pada mulanya.... Akhirnya, bajet mudah, terus ja post macam tu... Senang cerita la kan? Heheeee....

Ok sambutan shawal aku pada tahun ni, a bit excited la sebab banyak sebab.. ehh?? Lain saangaat penggunaan bahasa tu?? (baca dengan  ekspresi tangan ke dada, mata pandang ke atas)

SEBAB :

1.   Siblings semua dapat kumpul tahun ni.. Alhamdulillah... Siap ada abg ipq lg kaww.. Dan dah tmbh sorg fmliy member, iaitu kak ipar aku.. Tapi xdpt sesama smbut lebaran thun ni sebab dia nak spend raya day with her family at ‘seberang’.. (Indonesia)..^___^ yes, family kami sangat besar...hehe...

2.   1st time sambut raya sebagai seorang pekerja..hehe... dah ada duit belanja sendiri, of course la sukeeenyeepuun kan... Lagi-lagi dapat belikan my mom baju raya and spend sket2 tuk prsiapan hri raya..Alhamdulillah.....

3.    Walaupun xramai kengkawan datang beraya, tapi ada “2x tetamu” tumpang stay umah sebab nak konvoi sesama p event day beberapa orang rakan.. hancuss bI ko bahhh...oh my English!!

4.   1st time jugak ‘berkesempatan’ (sebb b4 ni bz as student??) buat dish sendiri semasa hari raya setelah duaplohempattahunhidup...amek kaw.. (pdahal kek biasa2 ja pun..tpi Alhamdulillah)...orang dah start ada hidangan  sendiri dari azali lagi...aku ada??? -_- sdeyyy...


5.   Last but not least, kucing sulung yg aku dok pelihra setelah sekian lama, yang diberi nama Memey sudahpun beranak /bersalin/selamat melahirkan 4 ekor anak yg kiut miut... heee..happy yo.. Ada gak penyambung generasi kucing aku tu.. tapi sad sket sebab xdak anak dia yg mewarisi kecntikn bulunya yang putih gebu..heee... but, sykur daaa...


Emm...tu ja lah kot... sebab lain masih xdpt fkir..hehe... Layan ja lah gmbq kenangan kat bawah ni.. (foto fmily xdpt post lg sbb gmbr xsmpai d tangan lagi....heeee)


 
1st event : Raya ke-3
Mjlis persandingan My jiran seblh blik kt hostel smsa stdy dlu..@ Ayuungg and da husband, Gbo.. Happy Marriage korg...aminn... Mempelai memakai pkaian sukukaum dusun.. tapi sayang xdak gmbr ngn pengantn lelaki... betapa glemernya aku *tmpr pipi sket sampai c pengntin pmpuan yg snap gmbr kmi br2 pkai hp kapok aku ni..heeee...saranghae yung...

lagiii kami 2.. :p

2nd event : Raya ke-4
Mjlis tunang myxroom8 merangkap c kak cung @ kwan baik aku...:) ehem2... sioknya dorg dah ada ikatan...heeee...

Geng bas sekolah..eh silap...geng Kecik2 cili padiii....

Bersama dia Dania.. Eh silap.. Bell my chinggu... J Paling manang ketawa guna tempo minim... -_- ni antara tetamu yang stay kat umah masa raya aritu.. Kmi 1 Malaysiaa... beraya xmengira agama dan bangsa.. Yezza!! Hambik ko, pertama kli beraya xpkai bju kurung.. ni gara2 baju stok raya aku dah abes.. nak sangat mengangkut baju pegi rumah lain...hahahhaa...


Kesimpulannya, ketiga2 event yg aku pegi adalah event bagi rakan-rakan seperjuangan / sekelas semasa menuntut d IPG dlu... huhu..mkin rmai yg menuju ke alam rumahtangga....alhamdulillah...umur da sesuai, clon plihan dah ada, jangan lengah2kan.. btul x?

Sekian, wassalam...

p/s : I'am still searching for the Mr. Right... ^___^ Bagi laluan kepada rakan-rakan dulu.. xgitu??? heeee...
ohya, perlu diingatkan bahawa gambar diambil secara random..so, jangan pening dengan perjalanan entry ni..bye..

Friday, June 14, 2013

My Prescious Day

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia too all Malaysian... J Tiba-tiba dtg smgt tu..hehe..
Oo ic.. Dah lebih sebulan rupanya blog ni x update... bz a.k.a lazy juga kadang-kadang.. emm dan dalam masa sebulan lebih ni juga dah banyak perkara yang berlaku. Allah dah aturkan awal-awal semua ni.. Cuma kita sebagai Hamba ja yang xtau.. J

Ok, antara perkara yang dah berlaku dan dah hmpir lapuk dah sebab malas nak update blog is, pada 29th of May lalu, adalah satu tarikh keramat dan berbahagia bagi aku. (bukan KAHWIN ok).. Rakan-rakan seangkatan pun memang merasa benda yang sama.

Actually, that day is my Convocation Day at PICC.. Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan kepada aku.. Badan sihat begitu juga my family yang turut menemani aku sepanjang 6 hari kitorang kat sana, perjalanan nak pergi sana lancar (yang balik lain cerita pula), dan part best adalah dapat jumpa gegirls sekalian. Hehe..

Xpayah story panjang-panjang, let’s roll..... ^____^


PICC up there.. :)


My sister.. Peneman semasa di sana.. dah dekat 2 tahun xjumpa, akhirnya... Alhamdulillah..saranghae eonni sebb sggup disushkan adikmu ni...hahaha...

My mama... <3 alolo... Mama suka ye jalan-jalan.. J Smbil menyelam minum air.. dah alang-alang smpai sana, jalan-jalan adalah agenda wajib.. Thanks mama atas doa dan nasihat selama ni. This is for you mama.. :’)

E’eh, mama nampak muda la..hehe.. macam kakak gitu..

Acara muka tambirang / minta puji dan yang sama waktu dengannya..

Blur kot... mungkin orang yang amek gambar ni nervous kot..hahaha... jgn marah sis..

Yeaahhh, like mother like daughter.. ^___^

Lastly, my gambar, my jubah, my flower and my kerusi..eh silap..milik kerajaan tu.. hehe.. sorry..

Ok kalau siapa-siapa perasan, takdak gambar aku ngn kengkawan lain.. hemm... Plan dah awal2 set dalam kepala, nanti masa konvo nak gambar banyak-banyak ngn kengkawan. Tapi see, 1 pun tarak.. Allah yang menentukan segala-galanya.. Masa ni dengan ribuan orang yang berpusu-pusu keluar masuk, memang xlah kan aku nak buat announcement tuk panggil kengkawan ‘Meh join sekali amek gambar dengan aku’..

Habis ja majlis, semua pun sibuk dengan agenda masing.. sesi fotografi la tentunya.. Dengan kengkawan yang kejar masa sebab perlu kejar flight lagi.. (sebab sidang kami adalah sidang yang last sekali) ni la kalau perantau ni.. Ok kami sedar diri kami bukan orang sana.. hehe.. Tapi aku xla balik petang tu, keesokan harinya baru balik..

But, you know what, i feel sooooo happy at that moment..until now la kan..sebab Alhamdulillah, usaha selama 5 tahun setengah berbaloi dengan kelulusan macamtu.. cemerlang?? Memang tak lah.. bawah sket dari cemerlang ja.. suspen x?? Hahaha..tapi sykurrrr...

Ohya, sepanjang 6 hari berada di sana, banyak experience yang aku dapat. Kalau cakap pasal penginapan sepanjang di sana, semua ok.. kami xdok 1 hotel ja.. mula2 stay beberapa hari di Time Hotel kat Seremban.. yalah, abang ipaq kata biar merasa kat tempat len juga..

Then, beberapa hari lagi nak balik baru kitorang stay dekat-dekat Putrajaya iaitu kat Bangi.. Ok nak suggest ngn korang semua, kalau siapa2 yang nak cari penginapan murah @ berpatutan @ fasiliti bagus meh pakat ramai-ramai tuk stay kat homestay d Teras Jernang. Kat sini memang famous tuk penginapan bagi graduan2.. Chalet Teras Jernang kalau xsilap namanya.. kat sini bukan sahaja ada penginapan like bilik, but homestay pun ada.. nak berapa bilik? 1 2 atau 3.. hehe..semua ada.. Terima kasih makcik owner tempat tu... Kami selesa kat sana.. J

Selesai tentang penginapan, haa ni nak story tentang perjalanan balik kami yang aku kira extrema tapi best gak.. hehe..

Flight balik aku ngn mama pada 30 Mei pukul 2.25 p.m. dan xdak delay pun. Tapi bila dah nak sampai iaitu part nak landing d KK ja, pilot buat pgumuman yang dorg xdpt nak landing di sana.. sebab bad weather. Tapii dorang akan try juga tuk landing sana, tapi of course la kan dorang akan pusing-pusing dlu di udara. Bukan sekejap ok, dkt 2 jam kat atas tu ja.. So, total perjalanan kami korang boleh bayangkan KL – KK = 2 jam 15 minit + ‘main’ terbang-terbang pusing di udara = 2 jam... 4 jam lebih ok!!!! Kepala pun dah macam pening2 dah, isyarat macam nak mabuk.. siapa tahan kan pusing-pusing dekat 2 jam..hahaha...

Dan akhirnya, pilot kata nak landing di Miri.. ok lah tu..WHAT?? MIRI??? Terkejut gak la bila kna cakap landing sana.. hehe.. Tapi rasa best pulak sebab dalam masa xsampai 1 minggu, aku boleh travel 1 Malaysia...hahaha... dan alamatnya, kenalah transit kat Miri dan bermalam kat sana.

At Teras Jernang Chalet, Bangi, Selangor (detail u) ..
 . b4 going back to KK dan sebelum kejadian ‘main pusing-pusing di udara’.

At Pacific Orient Hotel, Miri, Sarawak.. see, baju yang sama tapi negeri berlainan.. hahahaha.. ni malam ketibaan kami kt Miri. Dah dekat tengah malam kot.. badan rasa melekit dan berdaki... opss....heee...

Sampai kat Miri, dari makan hingga ke penginapan semua pihak Airasia tanggung.. Tq abang-abang dan kakak-kakak airasia sebab dah belanja kitorang.. J lain kali belanja lagi.. Dan penerbangan kami dijadualkan semula pada keesokan harinya iaitu pada pukul 8.40 a.m.



And, tadaaa.... the next day dengan semangat dan baju yang baru.. wakakaka.... dah sampai KK dah pun..

Alhamdulillah... dekat jam 10 a.m macamtu, aku ngn mama selamat tiba di LCCT Kota Kinabalu dan berjaya memijak tanah air tercinta.. Peace...

What a long journey..  tapi best, isn’t it?.. ^____^ senyum harus sampai ke telinga walaupun the next day i got a fever, cough and flu... hohoooo.. Allah nak hapuskan dosa2 kecil aku.. Syukur..
Sekian laporan untuk hari ini.. sudah cukup cukup sudah..

Take care korang..

Wassalam..

Thursday, May 2, 2013

Matlamat yang ku namakan 'Mission Possible'


Assalamualaikum...

Lately, banyak benda bermain dalam kepala ni. Terutamanya tentang bagaimana aku nak bentuk murid aku ni jadi murid yang celik akademik dan dalam masa yang sama menjadi anak yang hormat kepada masyarakat. Aku boleh katakan yang aku tertekan untuk mencapai matlamat aku tu.. huhu...

Sebenarnya, nak mencapai ke tahap P.I.N.T.A.R tu amat sukar. Kena sesuai dengan persekitaran murid juga. Tempat aku mengajar sekarang, bleh dikatakan sekolah pedalaman di sebuah sekolah kampung. Persekitaran mereka juga pun adalah laut (ibu bapa bekerja sebagai nelayan). Korang boleh bayangkan kan, ibu bapa setiap hari turun ke laut, pastu bila balik, prepare pulak nak berniaga di pasar / tamu dan sebagainya.

So anak-anak? Memang akan mendapat kurang perhatian. Ok aku bukan nak salahkan ibu bapa kat sini. Sebab aku pun sama ja masa budak-budak dulu. Ibu bapa aku pun sibuk nak cari duit. Sebab nak menyara kami 5 adik beradik. Jadi aku faham bagaimana situasi keluarga di sini. Sangat-sangat faham..

Jadi berbalik kepada masalah aku nak mencapai matlamat iaitu untuk melahirkan murid yang celik akademik, terlalu banyak cabarannya. Namun yang penting aku harus sabar dan tak cepat melenting. Kang terpelanting (barang-barang)! Hahahaha... Gurauuuu....

Tapi antara semua kesukaran yang aku hadapi ni, aku sentiasa terfikir satu benda ni. Petua untuk tarik murid-murid supaya suka dengan pelajaran dan sekolah. Yalah, nak mencapai matlamat aku (melahirkan murid yang celik akademik tu), aku kena mula dengan yang basic dulu. contohnya ambil hati murid. Yang ni kena ada kaedah yang berhemah. Tak boleh main paksa ja. Be cool and patient! Chewahhh....

Meh aku share sikit :

1.   Kalau ada murid yang suka bercakap bila kita pun dok pot pet kat depan tu, tegur murid tu dengan lemah lembut. Tidak salah kalau kita bergurau dengan budak. Contoh : ‘Amboi ada makcik pula kat belakang tu tengah bercerita’..haa, jangan salahkan aku sebab mention ‘makcik’ dekat sana. Sebab, murid di kelas ni suka betul sebut makcik pakcik. So, aku sesuaikanlah dengan minat mereka. Aku dah test dah, memang berjaya. Di samping dorang tergelak, dorang faham juga maksud yang ingin aku sampaikan.

2.   Kalau murid suka cakap lepas (menyumpah seranah), kita tegur terus. Dan kalau perlu, buat sesi kaunseling dengan mereka. Terangkan kepada mereka bahawa kata-kata mcam tu adalah satu doa. Ayat yang nak disampaikan, xpayah panjang lebar. Ambil keypoint ja supaya murid cepat ingat dan faham maksud penyampaian kita. Xpayah nak Mak Jemah  dan Mami Jarum sangat k! J


3.   Kalau murid suka bergaduh dan sampai ‘nda mau kawan sudah’, pastikan guru jangan abaikan apa luahan hati murid. Sebab, bila keadaan macam ni menimpa diri murid tu, mereka punya confident level akan berkurang. Mereka akan rasa rendah diri dan sebagainya. Lebih baik, guru tegur kesemua murid sekaligus berkenaan keburukan ‘nda mahu berkawan’  ni. Supaya semua sekali dapat pengajaran. (kalau aku, aku tak akan menunggu tuk cari masa lagi nak bagi kaunseling murid, tapi aku akan buat secara terus, supaya semangat murid tu bangun balik dan kawan dia akan kembali berkawan dengannya).

4.  Kalau murid mengantuk dalam kelas, haa yang ni  mungkin sebab pengajaran yang kurang menarik atau kesihatan murid terganggu. Part kesihatan murid, pastikan semasa rutin pagi tu, guru tanya berkenaan kedaan kesihatan mereka. Senang ja nak tanya, macam ni:

‘Semua sihat hari ni?’ ‘Ada yang sakit ka?’..

Jadi, bila sudah tahu tentang ni, boleh la pantau murid yang ada masalah sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. kalau berkenaan pembelajaran yang membosankan, pastikan bawa murid tu untuk banyak bergerak. Contoh, buat senaman ringan atau bawa mereka melakukan nyanyian dan gerakan. Senang kan? J

5.   Kalau murid terkencing di seluar, (sebab ada sorang lagi murid aku yang masih kencing di seluar) bagi murid tu pas istimewa berbanding murid yang lain. Kalau murid lain kena minta izin dengan guru dulu baru masuk tandas, yang murid ni kita patut dah terangkan awal-awal supaya pergi sahaja ke tandas jika terasa nak terkencing. Ni bagi mengelak daripada terkencing di kelas. Huhu...

6.   Kalau murid yang lemah dalam pelajaran telah melakukan sesuatu yang memberangsangkan seperti mewarna dengan kemas dan menyebut huruf yang ditanya dengan tepat, bagi mereka pujian. Sebab mereka ni suka dipuji. Dan kalau ada rezeki lebih, bagi mereka hadiah sebagai ganjaran atas usaha mereka. Supaya mereka akan rasa lebih dihargai dan diterima di kelas ni. Secara tidak langsung, mereka akan mendapat motivasi untuk membuat yang lebih baik lagi. Sebab kebiasaannya murid yang lemah dalam mengenal huruf contohnya, mereka mempunyai kemahiran yang lain yang mungkin guru belum ketahui. Mungkin mereka pandai menyanyi, pandai melukis atau banyak lagi. Jadi jangan pandang rendah kepada kebolehan murid dan jangan sekali-kali marah murid bila mereka tidak boleh buat yang macam  kita mahu.

Lastly, paling penting sentiasa hargai setiap yang dilakukan murid. Jangan ingat nak marah budak-budak jak. Sebab, diorang ni pun manusia dan punya perasaan macam kita. Mereka juga pandai mengambil hati dan merajuk macam aku. Opss.... Peace ^-^ Sajaaa....

Sekian,

Wassalam...



Wednesday, May 1, 2013

STORY TENTANG MEMORI AKHIR DI IPG...SOB..SOB...T-T



Assalamualaikum wbt...


Baru-baru ni aku ada belek-belek gambar2 kenangan. Punyala banyak rupanya yang aku lepas pandang.. Banyak sweet moment yang ada dalam tu..*Poning kopala den nak memilihnye...hahaha...hantam!

So, biar gambar ja yang bercerita. Let’s roll!!! =)
*Minta maaf atas ke’taksenonohan’ muka...hahaha...

 Ni masa kitorang jalankan Pameran Model Prasekolah :) Bez sangat sebab usaha sendiri  membuat model kelas berhasil. (Bersengkang mata selama hampir 2 minggu dengan saudari ct payung) hehe..

Ni gelagat pagi-pagi b4 kami mula Pameran..Tapi lihat di belakang tu, dah ramai orang berpusu-pusu masuk sebab nak tengok...shiokkkk...


Yang ni part macam jejak kasih tu..hehe... Sedih2 sebab ni jamuan akhir yang kena buat khas tuk kami..TQ semua adik2 junior ngn Cik Nab @ Warden...<3


Muka syahdu dan sedih..wuwu..T-T..Rndu korang..

See?? Semua muka sembap + berminyak...hahaha...


Muka happy suda...hehe..



Lebih dari separuh xclassmate PISMP PRASEKOLAH 09'..Saranghaeyo chinggu ya...



Tu ja lah kot...Gambar memang banyak, tapi biar tersimpan rapi dalam lappy ni. Hehe..Kenangan biar kekal dalam ingatan kan.

K, sekian.

Wassalam...