Thursday, December 20, 2012

TAUTAN HATI



Assalamualaikum wbt...



Baru2 ni, aku ada baca satu novel yang menarik.. Tajuk novel tu seperti di atas.. Tautan Hati karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Ni kira mau promo la ni tuk baca novel ni.. Seriously, amat2 best / daebak..^-^ Tq kak Yati sebab bagi pinjam..hehe..





Bercerita mengenai novel ni, konsep novel ni bukanlah 100% cintan cintun macam novel remaja yang biasa kita baca tu. Novel ni lebih berunsur kecintaan kepada Tuhan dan di dalamnya banyak topik2 menarik yang didedahkan agar kita lebih faham akan sesuatu persoalan dalam agama. Ok bagi sesiapa yang xpernah ataupun kurang baca novel yang berkonsepkan keagamaan ni, aku syorkan korang mulakan langkah sekarang. Xsalah berubah untuk kebaikan kan...ngeee...

Bukan paksaan ya, tapi memang aku mau bagitau korang yang novel ni banyak memberikan aku pendedahan kepada nilai sesuatu hubungan tu.. Bukan sahaja hubungan  dengan Allah, namun sesama keluarga, pasangan *lelaki + perempuan, sesama rakan *yang ni part best..ada ‘Halaqoh’...

Apa tu Halaqoh? K aku story sket la..’Halaqoh’ tu bererti bulatan. Segelintir orang memanggilnya ‘Usrah’ yang bererti keluarga. Untuk lebih memudahkan pemahaman, halaqoh ni kita boleh panggil dengan istilah smart group, study circle  dan sebagainya. Halaqoh ni dijalankan dengan ada individu yang bertindak sebagai naqib (bagi lelaki) dan naqibah (untuk perempuan). Naqib atau naqibah ini boleh bertindak sebagai fasilitator/guru/ketua dan sebagainya yang mana akan mengetuai sesuatu halaqoh yang dijalankan. Kebiasaanya, jika anggota halaqoh ini mempunyai persoalan, naqib / naqibah akan berusaha untuk menjawab dan dalam masa yang sama, akan bertanya lagi pendapat ahli yang lain.. Maksudnya, halaqoh ni mengamalkan budaya ‘Sharing is Caring’. =)

Topik yang nak dibincangkan, bebas.. Bukan khas hanya kepada isu2 agama.. Haa, part ni kadang2 ramai orang kat luar sana yang memandang halaqoh hanya sebagai tempat untuk orang2 alim...TIDAK... Sebab, ahli dalam halaqoh ni lah yang sebenarnya memerlukan pengisian yang banyak tentang persoalan dalam hidupnya.. Malah, bekas pelacur mahupun bekas penagih dadah pun boleh sertai halaqoh ni.. Yalah, pengalaman mereka lagi banyak berbanding kita. Jadi dorang boleh share pelbagai story tentang kehidupan lalu mereka dan naqib / naqibah akan mengaitkan setiap kejadian tu dengan kehidupan kita pada masa kini. Ala jangan risau.. insyaALLAH.. Halaqoh yang dijalankan bukan lama.. Kalau cakap bz asaimen bagai, ingatlah Allah yang bagi kita masa dan kelapangan sebenarnya...arasso?? =) *Ni muhasabah bagi diri sendiri...=( Mesti husnuzon (bersangka baik) ya adik2 ..Tetiba...=p

Ok, aku rasa sangat panjang dah story tentang halaqoh tadi..hehehe... Xpa,share2 kita..

Sambung balik kepada novel Tautan Hati ni, aku rasa impress dengan cara pengolahan ayat oleh penulisnya.. Sebab, bahasa yang digunakan mudah difahami walaupun banyak madah puitis digunakan. Tapi don’t worry rakan2, sebab jalan cerita senang difahami. Jangan mudah bosan baca benda macamni k.. Memang mungkin ada yang dah baca sikit2 buku ni, pastu kata dalam hati ‘Aduh, boringnya.....’ Jangan! Baca dulu sampai abes, barulah buat kesimpulan tentang cerita tu..

Banyak persoalan dalam kepada aku ni terjawab bila baca buku ni.. Ini merupakan salah satu inisiatif penulis untuk menerapkan banyak ilmu tentang kehidupan seharian kita selain kita balik2 tanya kat ustaz / ustazah tentang benda yang kita kabur-kaabur (kata orang Sabah)..

Akhir kata, (ceh, macam tulis surat ko Bah..) aku promo sekali lagi tolonglah baca novel Tautan Hati ni.. Tanamkan dalam hati, ‘biarpun tebal sampai 785 ms, namun akan kugagahi jua untuk membacanya’...^-^hehe..

Lagi2 musim cuti skang ni, xla masa terbuang dengan benda sia2 kan..InsyaALLAH..

Sekian, Wassalam...

Syukron kepada siapa yang sudi membaca...=)

No comments:

Post a Comment