Wednesday, December 19, 2012

Random Post..

Assalamualaikum wbt..

Merujuk kepada tajuk di atas *skemanya ko’.. Senang ja mau cakap, aku memang bingung mau letak story apa. Jadi untuk mengisi kekosongan ni, hem..mungkin better aku cerita tentang tempat kelahiran aku kot..

SINDUMIN...

Ok Sindumin ni bukan la nama kampung aku.. Cuma pekan kecik ni adalah merupakan tempat aku membesar.. Dari kecil lagi aku memang ulang-alik lalu pekan ni untuk masuk ke kampung. Almaklumlah, sek rendah aku dlu terletak kat pekan ni. SK Sindumin, sekolah yang kubanggakan....lalala... tiba2 menyanyi...


Sekolah dulu memang kecil ja.. Maklumlah, sekolah kat area kampung.. Tapi istimewanya skolah ni adalah sebab kedudukannya yang dekat dengan sempadan Sarawak. Ramai juga kgkwn yang xtau d mana sebenarnya Sindumin ni..hem...
ok mau jelas lagi meh aku tunjuk peta.




Eh, xla jelas mana..hahaha...cik BB ni slow la..line xkuat... macam yang korg nampak di peta tu, bawah sindumin tu la Sarawak..Dekat2 dah tu nak masuk Sarawak.. Dari skul aku, jalan kaki pun boleh dah limpas imigresen tu..hehe..

Walaubagaimanapun, area sekolah ni kena hati2 sket.. Sebab jalan keluar dari sekolah ni dekat dengan jalan besar yang menghubungkan antara sempadan Sabah dan Sarawak..Banyak kereta2 dari Brunei, Sarawak mahupun Sabah sendiri akan melalui jalan ni..Jadi, pandu cermat, anak murid yang lalu selamat..hahaha....kempen sangat ko bah..^-^

Selain tu, bila sebelah pagi aku sekolah harian, sebelah petang pulak aku akan datang lagi untuk Sekolah Agama. Dulu cita2 tu memang ingin jadi ustazah.. hehe..Tapi, ‘ustazah’ betul2 tu xdpt, so dah dapat jadi cikgu @ dalam bahasa Arabnya, ‘ustazah’ biasa pun dah Alhamdulillah.. Ajar prasekolah pun sgt best!! yang penting dapat bantu didik anak bangsa..<3.. Harap maaflah sebab xdpt post gambar. Sush mau cri gambar dulu2.. Search kat google pun sush, xda sangat. 

Di pekan ni jugaklah tempat family aku ‘membeli-belah’. Mana2 barang yang kurang, kami akan dapatkan di pekan Sindumin. Waktu kecil dlu kami akan sebut kedai ni, ‘kedai besar’.. Sebab apa, haha..sebab kedai kat pekan ni lebih besar berbanding kedai2 runcit kat kampung.. Logik x logik..ngeee..

Ok bercerita mengenai suku kaum ataupun bangsa yang ada di sni. Majoriti penduduk adalah berbangsa Kedayan dan sebilangannya Brunei. Asal Kedayan ni setahu aku memang dari Sarawak. Dan berlaku penghijrahan oleh penduduk Sarawak suatu ketika dahulu yang mana akhirnya penduduk di Sindumin hampir keseluruhannya adalah berbangsa Kedayan. Mungkin hanya sedikit yang berbangsa Brunei sebab wujudnya perkahwinan campur..Biasalah tu kan.. =)

Makanan popular bagi bangsa Kedayan ni juga mungkin ada yang sudah tahu atau ingat2 lupa ataupun xtahu langsung..hehe..Ok makanan ruji sama juga macam orang Melayu lain, iaitu nasi. Tapi ada beberapa jenis makanan ni yang disinonimkan dengan bangsa Kedayan ni, iaitu 'hambuyat' dan 'kelupis'. Orang Brunei pun lebih kurang juga dengan bangsa kami ni..cuma sebutan 'hambuyat' tu lain sikit iaitu 'ambuyat'. 

 Ok ni Hambuyat..=)




Bawah ni pulak cicah yang sedap kalau makan dengan hambuyat ni..hehe..
Actually, apa2 cich pun ok..ikut selera masing2..


Ini pulak kelupis..kelupis ni belum dimasak lagi..




Ni barulah yang da masak..Kelupis ni sebenarnya dibuat daripada beras pulut + santan + daun pandan (supaya wangi gitu...)


Sumber : Mcam besa, Cik Google kita..hehe..


Hem...setakat ni dlu perkongsian aku tentang makanan..eh x..random post ni..campur2 pulak kan topik2 aku dalam ni..tapi yang penting semua tentang Pekan Sindumin... Tempat aku dibesarkan..=)

Lastly, sedikit pesan dari aku, ‘Cintai tempat kelahiran kita..hehe..walau mundur mahupun miskin mana penempatan kita, namun bersyukurlah sebab kalau xda tempat ni, mungkin kita xwjud kan’..*Mengarut kah??^-^ Tapi kenyataan bah..Aku bangga menjadi warga Sindumin...hehehe..

Sekian, Wassalam... 

Hadapi hari anda dengan senyuman..=)




No comments:

Post a Comment