Thursday, May 2, 2013

Matlamat yang ku namakan 'Mission Possible'


Assalamualaikum...

Lately, banyak benda bermain dalam kepala ni. Terutamanya tentang bagaimana aku nak bentuk murid aku ni jadi murid yang celik akademik dan dalam masa yang sama menjadi anak yang hormat kepada masyarakat. Aku boleh katakan yang aku tertekan untuk mencapai matlamat aku tu.. huhu...

Sebenarnya, nak mencapai ke tahap P.I.N.T.A.R tu amat sukar. Kena sesuai dengan persekitaran murid juga. Tempat aku mengajar sekarang, bleh dikatakan sekolah pedalaman di sebuah sekolah kampung. Persekitaran mereka juga pun adalah laut (ibu bapa bekerja sebagai nelayan). Korang boleh bayangkan kan, ibu bapa setiap hari turun ke laut, pastu bila balik, prepare pulak nak berniaga di pasar / tamu dan sebagainya.

So anak-anak? Memang akan mendapat kurang perhatian. Ok aku bukan nak salahkan ibu bapa kat sini. Sebab aku pun sama ja masa budak-budak dulu. Ibu bapa aku pun sibuk nak cari duit. Sebab nak menyara kami 5 adik beradik. Jadi aku faham bagaimana situasi keluarga di sini. Sangat-sangat faham..

Jadi berbalik kepada masalah aku nak mencapai matlamat iaitu untuk melahirkan murid yang celik akademik, terlalu banyak cabarannya. Namun yang penting aku harus sabar dan tak cepat melenting. Kang terpelanting (barang-barang)! Hahahaha... Gurauuuu....

Tapi antara semua kesukaran yang aku hadapi ni, aku sentiasa terfikir satu benda ni. Petua untuk tarik murid-murid supaya suka dengan pelajaran dan sekolah. Yalah, nak mencapai matlamat aku (melahirkan murid yang celik akademik tu), aku kena mula dengan yang basic dulu. contohnya ambil hati murid. Yang ni kena ada kaedah yang berhemah. Tak boleh main paksa ja. Be cool and patient! Chewahhh....

Meh aku share sikit :

1.   Kalau ada murid yang suka bercakap bila kita pun dok pot pet kat depan tu, tegur murid tu dengan lemah lembut. Tidak salah kalau kita bergurau dengan budak. Contoh : ‘Amboi ada makcik pula kat belakang tu tengah bercerita’..haa, jangan salahkan aku sebab mention ‘makcik’ dekat sana. Sebab, murid di kelas ni suka betul sebut makcik pakcik. So, aku sesuaikanlah dengan minat mereka. Aku dah test dah, memang berjaya. Di samping dorang tergelak, dorang faham juga maksud yang ingin aku sampaikan.

2.   Kalau murid suka cakap lepas (menyumpah seranah), kita tegur terus. Dan kalau perlu, buat sesi kaunseling dengan mereka. Terangkan kepada mereka bahawa kata-kata mcam tu adalah satu doa. Ayat yang nak disampaikan, xpayah panjang lebar. Ambil keypoint ja supaya murid cepat ingat dan faham maksud penyampaian kita. Xpayah nak Mak Jemah  dan Mami Jarum sangat k! J


3.   Kalau murid suka bergaduh dan sampai ‘nda mau kawan sudah’, pastikan guru jangan abaikan apa luahan hati murid. Sebab, bila keadaan macam ni menimpa diri murid tu, mereka punya confident level akan berkurang. Mereka akan rasa rendah diri dan sebagainya. Lebih baik, guru tegur kesemua murid sekaligus berkenaan keburukan ‘nda mahu berkawan’  ni. Supaya semua sekali dapat pengajaran. (kalau aku, aku tak akan menunggu tuk cari masa lagi nak bagi kaunseling murid, tapi aku akan buat secara terus, supaya semangat murid tu bangun balik dan kawan dia akan kembali berkawan dengannya).

4.  Kalau murid mengantuk dalam kelas, haa yang ni  mungkin sebab pengajaran yang kurang menarik atau kesihatan murid terganggu. Part kesihatan murid, pastikan semasa rutin pagi tu, guru tanya berkenaan kedaan kesihatan mereka. Senang ja nak tanya, macam ni:

‘Semua sihat hari ni?’ ‘Ada yang sakit ka?’..

Jadi, bila sudah tahu tentang ni, boleh la pantau murid yang ada masalah sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. kalau berkenaan pembelajaran yang membosankan, pastikan bawa murid tu untuk banyak bergerak. Contoh, buat senaman ringan atau bawa mereka melakukan nyanyian dan gerakan. Senang kan? J

5.   Kalau murid terkencing di seluar, (sebab ada sorang lagi murid aku yang masih kencing di seluar) bagi murid tu pas istimewa berbanding murid yang lain. Kalau murid lain kena minta izin dengan guru dulu baru masuk tandas, yang murid ni kita patut dah terangkan awal-awal supaya pergi sahaja ke tandas jika terasa nak terkencing. Ni bagi mengelak daripada terkencing di kelas. Huhu...

6.   Kalau murid yang lemah dalam pelajaran telah melakukan sesuatu yang memberangsangkan seperti mewarna dengan kemas dan menyebut huruf yang ditanya dengan tepat, bagi mereka pujian. Sebab mereka ni suka dipuji. Dan kalau ada rezeki lebih, bagi mereka hadiah sebagai ganjaran atas usaha mereka. Supaya mereka akan rasa lebih dihargai dan diterima di kelas ni. Secara tidak langsung, mereka akan mendapat motivasi untuk membuat yang lebih baik lagi. Sebab kebiasaannya murid yang lemah dalam mengenal huruf contohnya, mereka mempunyai kemahiran yang lain yang mungkin guru belum ketahui. Mungkin mereka pandai menyanyi, pandai melukis atau banyak lagi. Jadi jangan pandang rendah kepada kebolehan murid dan jangan sekali-kali marah murid bila mereka tidak boleh buat yang macam  kita mahu.

Lastly, paling penting sentiasa hargai setiap yang dilakukan murid. Jangan ingat nak marah budak-budak jak. Sebab, diorang ni pun manusia dan punya perasaan macam kita. Mereka juga pandai mengambil hati dan merajuk macam aku. Opss.... Peace ^-^ Sajaaa....

Sekian,

Wassalam...



Wednesday, May 1, 2013

STORY TENTANG MEMORI AKHIR DI IPG...SOB..SOB...T-T



Assalamualaikum wbt...


Baru-baru ni aku ada belek-belek gambar2 kenangan. Punyala banyak rupanya yang aku lepas pandang.. Banyak sweet moment yang ada dalam tu..*Poning kopala den nak memilihnye...hahaha...hantam!

So, biar gambar ja yang bercerita. Let’s roll!!! =)
*Minta maaf atas ke’taksenonohan’ muka...hahaha...

 Ni masa kitorang jalankan Pameran Model Prasekolah :) Bez sangat sebab usaha sendiri  membuat model kelas berhasil. (Bersengkang mata selama hampir 2 minggu dengan saudari ct payung) hehe..

Ni gelagat pagi-pagi b4 kami mula Pameran..Tapi lihat di belakang tu, dah ramai orang berpusu-pusu masuk sebab nak tengok...shiokkkk...


Yang ni part macam jejak kasih tu..hehe... Sedih2 sebab ni jamuan akhir yang kena buat khas tuk kami..TQ semua adik2 junior ngn Cik Nab @ Warden...<3


Muka syahdu dan sedih..wuwu..T-T..Rndu korang..

See?? Semua muka sembap + berminyak...hahaha...


Muka happy suda...hehe..



Lebih dari separuh xclassmate PISMP PRASEKOLAH 09'..Saranghaeyo chinggu ya...



Tu ja lah kot...Gambar memang banyak, tapi biar tersimpan rapi dalam lappy ni. Hehe..Kenangan biar kekal dalam ingatan kan.

K, sekian.

Wassalam...

Thursday, April 25, 2013

Tempat baru, pengalaman @ kejutan baru..


Assalamualaikum...

Nak story berkenaan tajuk di atas, banyak benda yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni..

Bercakap tentang tempat baru, sekarang ni aku telah diinterimkan di salah sebuah sekolah di sebelah kampung kelahiran aku juga. Alhamdulillah, aku memang lucky la sebab dapat dekat area aku juga. Cuma, sebab aku mention tempat baru seperti di atas ialah kerana aku jarang datang kat tempat ni. Mungkin dari kecil aku hanya pernah datang ke kampung ni hanya sekali dua. So, memang baru la bagi aku. Sebab, kawasan kampung pun memang berbeza dengan kampung aku.

Kedua, tentang pengalaman baru. Baru-baru ni @ kemarin ada peristiwa yang berlaku di sekolah ni. Pengalaman baru dan sangat mengejutkan. Kalau cakap kaget dan takut, memang confirm la kan. Apa tidaknya, ada bapa murid kat sekolah ni datang menyerbu guru sebab anaknya cedera (menyebabkan kepala murid berdarah). Memang aku akui sendiri, anaknya boleh dikatakan cedera teruk. Aku sendiri pun langsung tak berani nak datang dekat sebab banyak darah. Tapi yang uniknya, murid ni nampak kuat sket.

Sebab, dia hanya menangis kesakitan ibarat luka yang dialaminya hanya calar atau yang sama waktu dengannya. Lepas tu, masa bapa murid tu datang sekolah, siap dia pimpin lagi tangan budak yang luka tu masuk ke kawasan sekolah. Cuba korang bayangkan sendiri, budak yang cedera di kepala, boleh berjalan dengan hebatnya masuk ke kawasan sekolah sebab kes nak tuntut bela la kiranya tu. Hebat tak hebat????

Nak dijadikan cerita, yang datang buat serbuan ke sekolah bukan hanya bapa murid tu, tapi dengan ‘geng’ sekali. Sorang ja lah.. tak ramai mana. Tapi memang panas gak suasana sekolah bila ‘geng’ bapa murid tu berperang mulut dengan guru-guru. Kesian guru-guru yang tak tahu menahu tu kena tembak. Mereka mengatakan yang ini kesalahan guru dan sekolah. Siap sekuriti pun masuk terlibat kena marah.

Fuh, telinga pun rasa lain2 ja dengar bila guru kena blame. Sebab, murid tu cedera semasa kelas dah tamat. Guru terakhir yang mengajar murid tu pun, dah bagi pelepasan tuk murid  pulang ke rumah.

Persoalannya, salah gurukah bila murid cedera selepas waktu pulang? Aku bukannya nak blame parents tu 100%.. Mungkin salah guru juga sebab terlepas pandang. Biasalah, guru bukan Tuhan. Kami hanya orang biasa yang punya kekurangan seperti individu yang lain. Yang sedihnya bila parents tu siap kata lagi guru hanya ‘tengok buku’ sahaja. Murid diabaikan. T-T...Cabaran...So, siapa di luar sana kata kerja guru ni senang? (Angkat tangan sendiri depan laptop) hehe... The answer is ‘NOT’!

Aku tulis benda ni bukan untuk luahkan perasaan tak puas hati, tapi seharusnya semua golongan masyarakat di luar sana sedar bahawa kami ni sebagai guru juga banyak tanggungjawab. Mendidik murid ni meluas bidangnya. Bukan sahaja ajar celik huruf dan nombor, tapi membentuk disipilin, peribadi, akhlak dan yang sama waktu dengannya. Banyak tanggungjawab yang guru perlu pikul. Bagi yang sudah berkeluarga, urus anak-anak di rumah lagi, membersih lagi. (Ok ini bukan merungut, tapi sekadar nak bagi pendedahan bahawanya guru ni hanya orang biasa).

But, seriously ni pengalaman yang baharu bagi aku. Sebelum ni hanya mendengar dari mulut orang sahaja, tapi bila benda ni berlaku depan mata sendiri, baru rasa menggigil juga kaki ni. Hem...Hopefully xda lagi benda macam ni berlaku. InshaAllah...

’Ya Allah permudahkanlah urusan ku dalam membentuk anak muridku menjadi insan yang mulia disisiMU  Ya Allah’....Amin Ya Rob.. T-T

*Mood sentap tetiba...apakah???? hemmm....

Sekian, wassalam... 

Saturday, April 6, 2013

Kenangan Manis Masa Lalu.




Assalamualaikum wbt..

Ok, kalau baca balik title di atas, mesti korang semua ada banyak kenangan..Kan, kan?? Yes, me too.. Tak kiralah kenangan manis ka, pahit ka, masam ka, masin ka?..dan macam-macam lagi rasa ya tuan-tuan dan puan-puan (Bersama chef sejenak..hahaha.. mengarut!)

Tapi gambar yang akan korang tengok kejap lagi sebenarnya sudah menjadi jeruk di dalam my laptop ni..Almaksudnya, benda ni dah ramai kawan2 yang dah show di blog masing-masing..Aku?? non hada!

Semua ni gara-gara line my broadband yang sangat2 lambat d kampung aku tu.. Daripada hilang sabar sebab menunggu 'loading' yang xsiap-siap tu, better xpayah post kan? Nanti ada pula yang stressss..heheee....smile..^-^

Ok stop kata-kata manismu di sini ibayyo.. heee...Jom layannn...






Ni time kitorang penutupan hari pembentangan iaitu Seminar Penyelidikan. Buat AR tuk degree kitorang tu..berhempas pulas sampai ke saat akhir..(kerja last minit kan..pasal tu berhempas-hempas sampai berpulas badan ko bah ;p)



Dinner semua PISMPian 2009.. Ni semua Mak Jemah yang suka bergaya...hahahahaha...


Yang belah kiri my xrum8 yang sangat suka tuuuuuuuttttttt...haha...dulu badan kecik molek, skang dan besar molek...tp maintain kiut la kan kata Anut..hehe...yang belah kanan, Uszatah @ Kaka kami...Jgan main2 dgn beliau ni..hehe...Slumber punya orang..Ksimpulannya, yang mengepit daku ni boleh diibaratkan sebagai 'Kecil2 cili Api...Menyala result u~! hehe...


Promo tudung kejap..hahaha...ada sejarah yang hanya kami 4 tahu...;p




Ok ni Ahjuma @ Mak Jemah yang sama2 mengajar di daerah yang sama dengan aku...Dah rezeki kami sama..:) Alhmdulillah...<3


Ok sekian laporan tuk hari ini..
Wassalam...<3



Wednesday, January 2, 2013

GEMBIRA VS GEMENTAR




ASSALAMUALAIKUM WBT...


Hai kwn2 kt luar sna..hehe...*mood gembira banget smpai maw senyum hingga ke telinga..hehe...!^-^
Ok apa kes ko gmbira2 ni bah?? Hehe...

1stly, aku maw story dlu brkenaan benda yang berlaku beberapa minggu ni... Lama kot aku xconteng2 cik belog ni.

Mcm post aku sebelum ni berkenaan aku ni yang sudah tamat belajar di IP tercinta (5 tahun setengah yo), sememangnya keinginan untuk bekerja tu sangat sangat sangat *amboi banyak ‘sangat’ ko bah..ngeee... bermaharajalela dalam kalbu ni, chewah!

Yalah, dah abes berhempas pulas untuk buat degree aku tu, mestilah keinginan untuk ada duit sendiri tu melambung2.. xgitu Bedah oiii.... Lagi2 umo ni dah sesuai sangat untuk balas jasa ibu bapa ngan tolong biaya adik aku yang masih belajar tu.. Lagipun, pepatah ada menyebut, ‘bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian’. Jadi amat sesuailah pepatah ni aku nak guna untuk masa depan aku ni. Yang susahnya dlu, berhempas pulas bangun awal pagi (Subuh dulu..hehe) tuk pegi kuliah, siapkan assignment, buat study group (ok ni hanya bila minggu exam =p), jawab peperiksaan and pelbagai lagi aktiviti luar yang bersangkut-paut dengan jumlah kredit, mestilah kesenangan yang kita nak cari adalah hasil daripada usaha kita tu kan. Xgitu adik2?=)

Oleh kerana itu, sebelum kita masuk bab2 gaji @ duit bagai, jadi aku story dulu tentang hasil usaha aku tuk jawab peperiksaan akhir semester pada tahun akhir aku study kat IP tercinta aku tu. Maksudnya, result aku.. Syukur aku panjatkan kepada YANG MAHA ESA kerana sekali lagi aku lulus dalam pengajian, dan yang unik sket, b4 ni dalam slip kna nyatakan, LULUS, TERUSKAN PENGAJIAN. Tapi kali ni berbeda ya adik2... LULUS, TAMAT PENGAJIAN! Wah, alangkah peliknya perasaan bila kna tulis macamtu.. Nampak sangat xpercaya bahawa diri ini sudah semakin meningkat usia...haha... Yalah, blaja bleh tahan lama gak tu.. Dari budak yang kurang matang kepada yang lebih matang.. Macam nak amek kos doctor pula..hehe..

Apa2pun, Syukur badan dan mental aku ni masih berfungsi baik selama 5 tahun setengah yang lalu sampai aku masih mampu mendapat pointer yang boleh dikira ALHAMDULILLAH, senang hati.. Walaupun bukan itu yang aku harapkan, tapi nak buek cemano, dah memg ekau buek xbagus..hehe.. Sesungguhnya jangan kita mengharap lebih daripada Allah jika hanya sedikit yang kita berikan kepadaNYA.. Maksudnya, kalau nak dapat lebih, usaha kena la seiring dengan keinginan tu...Ye dak?? Memain je keje ko Bah time thun akhir ni...ish2.. .Ambil sbg pengajaran ya...=(

Ok2, xmau sedih2.. Seriously, aku memang gembira sangat sampai bagitau ngn satu family aku..hahaha.... dan dengan xtahu malunya, minta belanja KFC ngn abg aku..haha...gumawo uppa!<3

Ohya, lagi satu beberapa minggu yang lalu, *kira dah lama juga..result KISSM pula yang keluar...Alhamdulillah sekali lagi..LULUS juga..hehe...

Ok apa kes pula ko gementar ni bah?? Hehe...

Cumanya sekarang ni, ha, tajuk pun Gembira vs Gementar kan, aku dalam mud gementar gak ni sebab tarikh posting xtahu lagi..hemm..agak2 d mna la aku ditempatkan untuk berkhidmat sebagai pendidik bangsa..^-^

Agenda berkenaan posting ni sangat2 menimbulkan rasa gementar dalam diri aku... Tiap2 hari bila on9 ja, terus bukak Fb dan tengok perkembangan berkenaan posting dekat sana.. Macam biasalah, rumor ni memang banyak. Posting awal la, menganggur beberapa bulan lah *part ni, memang xsedap nak dengar..Secara kesimpulannya, memang banyaklah rumor... Bagi sesiapa yang kuat hangin satu badan, memang ‘gerigitan’ la bahasa orang Sabah dengan khabar berita ni..Yalah, ramai yang takut xdpt dpostingkan...Tapi, bagi aku sendiri, inshaALLAH aku yakin kerajaan akan bagi gak penempatan kepada kita. Bezanya, antara cepat atau lambat. Ni lah yang menimbulkan rasa nervous dalam diri aku... Dengan tmuduga SPP nya lagi...ntah aku sempat belajar abes ke tak lagi tuk ‘khatam’ tentang soalan yang  bakal ditanya oleh interviewer nanti... wuwu...Tlg doakan aku ek^-^

Tapi, bila fikir2 balik, ada baiknya berita mengenai tempat posting ni lambat dikhabarkan. Contohnya, semakin ramai yang tanamkan dalam diri ‘Aku dah xkisah lagi posting d mana, yang penting posting’..’D pedalaman pun aku sanggup posting ni kalau dah macamni gayanya’...hehe...*Ayat yang dorang guna xla sebijik macam yang aku taip, tapi maksudnya tetap sama...hehe...

Seronok pula bila baca komen2 depa kat fb tu.. inshaALLAH dah semakin ramai guru yang bakal berkhidmat di pedalaman la lepas ni.. b4 ni aku yakin mesti ramai yang xmau berkhidmat kat pedalaman sebab takut kekurangan fasiliti la, kurang best la sebab xda tempat shopping, dan banyak lagi alasan. Benda ni memang lumrah lah kan. Manusia ni xakan mudah bersyukur dengan apa yang dia ada...Ya, aku pun kadang2 macamtu... inshaALLAH aku ingin berubah...AMIN..=)

Jadi, aku sangat2 gembira dan rasa bersyukur sebab aku dapat result yang macamtu dan aku masih berpeluang lagi untuk membantu keluarga aku d rumah (sebab lambat posting) hehe... Yang penting, sekarang ni aku dapat bantu keluarga aku dulu b4 bantu orang yang memerlukan d luar sana...peace!=) Yalah, nanti dah ngaja + dok pedalaman + jarang balik ke kg tercinta, mesti kita dah jarang nak bantu keluarga kita dari segi fizikal...betul x?

So, akhir sekali, jgn tension2 ya kawan2 dalam menghadapi kehidupan yang kita xdapat ramal pun apa yang akan berlaku. Smileeeee^--------^...

Wassalam...



Thursday, December 20, 2012

TAUTAN HATI



Assalamualaikum wbt...



Baru2 ni, aku ada baca satu novel yang menarik.. Tajuk novel tu seperti di atas.. Tautan Hati karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Ni kira mau promo la ni tuk baca novel ni.. Seriously, amat2 best / daebak..^-^ Tq kak Yati sebab bagi pinjam..hehe..





Bercerita mengenai novel ni, konsep novel ni bukanlah 100% cintan cintun macam novel remaja yang biasa kita baca tu. Novel ni lebih berunsur kecintaan kepada Tuhan dan di dalamnya banyak topik2 menarik yang didedahkan agar kita lebih faham akan sesuatu persoalan dalam agama. Ok bagi sesiapa yang xpernah ataupun kurang baca novel yang berkonsepkan keagamaan ni, aku syorkan korang mulakan langkah sekarang. Xsalah berubah untuk kebaikan kan...ngeee...

Bukan paksaan ya, tapi memang aku mau bagitau korang yang novel ni banyak memberikan aku pendedahan kepada nilai sesuatu hubungan tu.. Bukan sahaja hubungan  dengan Allah, namun sesama keluarga, pasangan *lelaki + perempuan, sesama rakan *yang ni part best..ada ‘Halaqoh’...

Apa tu Halaqoh? K aku story sket la..’Halaqoh’ tu bererti bulatan. Segelintir orang memanggilnya ‘Usrah’ yang bererti keluarga. Untuk lebih memudahkan pemahaman, halaqoh ni kita boleh panggil dengan istilah smart group, study circle  dan sebagainya. Halaqoh ni dijalankan dengan ada individu yang bertindak sebagai naqib (bagi lelaki) dan naqibah (untuk perempuan). Naqib atau naqibah ini boleh bertindak sebagai fasilitator/guru/ketua dan sebagainya yang mana akan mengetuai sesuatu halaqoh yang dijalankan. Kebiasaanya, jika anggota halaqoh ini mempunyai persoalan, naqib / naqibah akan berusaha untuk menjawab dan dalam masa yang sama, akan bertanya lagi pendapat ahli yang lain.. Maksudnya, halaqoh ni mengamalkan budaya ‘Sharing is Caring’. =)

Topik yang nak dibincangkan, bebas.. Bukan khas hanya kepada isu2 agama.. Haa, part ni kadang2 ramai orang kat luar sana yang memandang halaqoh hanya sebagai tempat untuk orang2 alim...TIDAK... Sebab, ahli dalam halaqoh ni lah yang sebenarnya memerlukan pengisian yang banyak tentang persoalan dalam hidupnya.. Malah, bekas pelacur mahupun bekas penagih dadah pun boleh sertai halaqoh ni.. Yalah, pengalaman mereka lagi banyak berbanding kita. Jadi dorang boleh share pelbagai story tentang kehidupan lalu mereka dan naqib / naqibah akan mengaitkan setiap kejadian tu dengan kehidupan kita pada masa kini. Ala jangan risau.. insyaALLAH.. Halaqoh yang dijalankan bukan lama.. Kalau cakap bz asaimen bagai, ingatlah Allah yang bagi kita masa dan kelapangan sebenarnya...arasso?? =) *Ni muhasabah bagi diri sendiri...=( Mesti husnuzon (bersangka baik) ya adik2 ..Tetiba...=p

Ok, aku rasa sangat panjang dah story tentang halaqoh tadi..hehehe... Xpa,share2 kita..

Sambung balik kepada novel Tautan Hati ni, aku rasa impress dengan cara pengolahan ayat oleh penulisnya.. Sebab, bahasa yang digunakan mudah difahami walaupun banyak madah puitis digunakan. Tapi don’t worry rakan2, sebab jalan cerita senang difahami. Jangan mudah bosan baca benda macamni k.. Memang mungkin ada yang dah baca sikit2 buku ni, pastu kata dalam hati ‘Aduh, boringnya.....’ Jangan! Baca dulu sampai abes, barulah buat kesimpulan tentang cerita tu..

Banyak persoalan dalam kepada aku ni terjawab bila baca buku ni.. Ini merupakan salah satu inisiatif penulis untuk menerapkan banyak ilmu tentang kehidupan seharian kita selain kita balik2 tanya kat ustaz / ustazah tentang benda yang kita kabur-kaabur (kata orang Sabah)..

Akhir kata, (ceh, macam tulis surat ko Bah..) aku promo sekali lagi tolonglah baca novel Tautan Hati ni.. Tanamkan dalam hati, ‘biarpun tebal sampai 785 ms, namun akan kugagahi jua untuk membacanya’...^-^hehe..

Lagi2 musim cuti skang ni, xla masa terbuang dengan benda sia2 kan..InsyaALLAH..

Sekian, Wassalam...

Syukron kepada siapa yang sudi membaca...=)

Wednesday, December 19, 2012

Random Post..

Assalamualaikum wbt..

Merujuk kepada tajuk di atas *skemanya ko’.. Senang ja mau cakap, aku memang bingung mau letak story apa. Jadi untuk mengisi kekosongan ni, hem..mungkin better aku cerita tentang tempat kelahiran aku kot..

SINDUMIN...

Ok Sindumin ni bukan la nama kampung aku.. Cuma pekan kecik ni adalah merupakan tempat aku membesar.. Dari kecil lagi aku memang ulang-alik lalu pekan ni untuk masuk ke kampung. Almaklumlah, sek rendah aku dlu terletak kat pekan ni. SK Sindumin, sekolah yang kubanggakan....lalala... tiba2 menyanyi...


Sekolah dulu memang kecil ja.. Maklumlah, sekolah kat area kampung.. Tapi istimewanya skolah ni adalah sebab kedudukannya yang dekat dengan sempadan Sarawak. Ramai juga kgkwn yang xtau d mana sebenarnya Sindumin ni..hem...
ok mau jelas lagi meh aku tunjuk peta.




Eh, xla jelas mana..hahaha...cik BB ni slow la..line xkuat... macam yang korg nampak di peta tu, bawah sindumin tu la Sarawak..Dekat2 dah tu nak masuk Sarawak.. Dari skul aku, jalan kaki pun boleh dah limpas imigresen tu..hehe..

Walaubagaimanapun, area sekolah ni kena hati2 sket.. Sebab jalan keluar dari sekolah ni dekat dengan jalan besar yang menghubungkan antara sempadan Sabah dan Sarawak..Banyak kereta2 dari Brunei, Sarawak mahupun Sabah sendiri akan melalui jalan ni..Jadi, pandu cermat, anak murid yang lalu selamat..hahaha....kempen sangat ko bah..^-^

Selain tu, bila sebelah pagi aku sekolah harian, sebelah petang pulak aku akan datang lagi untuk Sekolah Agama. Dulu cita2 tu memang ingin jadi ustazah.. hehe..Tapi, ‘ustazah’ betul2 tu xdpt, so dah dapat jadi cikgu @ dalam bahasa Arabnya, ‘ustazah’ biasa pun dah Alhamdulillah.. Ajar prasekolah pun sgt best!! yang penting dapat bantu didik anak bangsa..<3.. Harap maaflah sebab xdpt post gambar. Sush mau cri gambar dulu2.. Search kat google pun sush, xda sangat. 

Di pekan ni jugaklah tempat family aku ‘membeli-belah’. Mana2 barang yang kurang, kami akan dapatkan di pekan Sindumin. Waktu kecil dlu kami akan sebut kedai ni, ‘kedai besar’.. Sebab apa, haha..sebab kedai kat pekan ni lebih besar berbanding kedai2 runcit kat kampung.. Logik x logik..ngeee..

Ok bercerita mengenai suku kaum ataupun bangsa yang ada di sni. Majoriti penduduk adalah berbangsa Kedayan dan sebilangannya Brunei. Asal Kedayan ni setahu aku memang dari Sarawak. Dan berlaku penghijrahan oleh penduduk Sarawak suatu ketika dahulu yang mana akhirnya penduduk di Sindumin hampir keseluruhannya adalah berbangsa Kedayan. Mungkin hanya sedikit yang berbangsa Brunei sebab wujudnya perkahwinan campur..Biasalah tu kan.. =)

Makanan popular bagi bangsa Kedayan ni juga mungkin ada yang sudah tahu atau ingat2 lupa ataupun xtahu langsung..hehe..Ok makanan ruji sama juga macam orang Melayu lain, iaitu nasi. Tapi ada beberapa jenis makanan ni yang disinonimkan dengan bangsa Kedayan ni, iaitu 'hambuyat' dan 'kelupis'. Orang Brunei pun lebih kurang juga dengan bangsa kami ni..cuma sebutan 'hambuyat' tu lain sikit iaitu 'ambuyat'. 

 Ok ni Hambuyat..=)




Bawah ni pulak cicah yang sedap kalau makan dengan hambuyat ni..hehe..
Actually, apa2 cich pun ok..ikut selera masing2..


Ini pulak kelupis..kelupis ni belum dimasak lagi..




Ni barulah yang da masak..Kelupis ni sebenarnya dibuat daripada beras pulut + santan + daun pandan (supaya wangi gitu...)


Sumber : Mcam besa, Cik Google kita..hehe..


Hem...setakat ni dlu perkongsian aku tentang makanan..eh x..random post ni..campur2 pulak kan topik2 aku dalam ni..tapi yang penting semua tentang Pekan Sindumin... Tempat aku dibesarkan..=)

Lastly, sedikit pesan dari aku, ‘Cintai tempat kelahiran kita..hehe..walau mundur mahupun miskin mana penempatan kita, namun bersyukurlah sebab kalau xda tempat ni, mungkin kita xwjud kan’..*Mengarut kah??^-^ Tapi kenyataan bah..Aku bangga menjadi warga Sindumin...hehehe..

Sekian, Wassalam... 

Hadapi hari anda dengan senyuman..=)